Ylang Ylang Oil
Cananga odorata
Item: 30241507
Saiz: 15 mL
Harga Runcit: RM 251.00
Harga Borong: RM 188.00
PV: 47
Penerangan
Minyak esensial Ylang Ylang diambil daripada bunga berbentuk bintang daripada pokok tropika Ylang Ylang dan digunakan secara meluas dalam pembuatan minyak wangi dan aromaterapi. Sama seperti Jasmine, Ylang Ylang telah digunakan berabad lamanya dalam majlis keagamaan dan perkahwinan. Dalam aromaterapi, Ylang Ylang digunakan untuk mengurangkan ketegangan dan tekanan serta untuk memberi pandangan yang positif. Ylang Ylang kerap digunakan dalam produk kulit dan rambut yang mewah kerana bau serta sifat melindungi dan berkhasiat. Ylang Ylang bercampur dengan baik bersama Bergamot, Geranium, Grapefruit, dan Vetiver.
Penggunaan
- Letakkan Ylang Ylang ke dalam mandian garam Epsom untuk ketenangan.
- Segarkan kulit anda dengan aromaterapi stim wajah menggunakan minyak esensial Ylang Ylang.
- Letakkan pada pergelangan tangan untuk haruman yang manis dan flora.
- Campur Ylang Ylang pada doTERRA Fractionated Coconut Oil sebagai terapi rambut.
Arahan Penggunaan
Semburan: Guna tiga hingga empat titis di dalam alat penyebar pilihan anda.
Penggunaan topikal: Sapu satu hingga dua titis ke kawasan yang diingini. Cairkan dengan
doTERRA Fractionated Coconut Oil untuk mengurangkan sebarang sensitiviti kulit. Lihat langkah berjaga-jaga di bawah.
Langkah berjaga-jaga
Kemungkinan sensitiviti kulit. Jauhkan daripada kanak-kanak. Jika anda mengandung, menyusukan anak, atau di bawah jagaan doktor, berunding dengan doktor anda. Jauhi sentuhan pada mata, dalam telinga dan kawasan sensitif.
Manfaat Utama
- Memberi sokongan antioksidan.
- Memberi penampilan rambut dan kulit yang sihat.
- Meningkatkan emosi dan memberi kesan yang menenangkan.
Gambaran Aromatik
Manis, kaya, pedas
Kaedah Pengumpulan
Penyulingan stim
Bahagian Tumbuhan
Bunga
Komponen Kimia Utama
Germacrene, caryophyllene