Asal: perkataan Latin yang bermaksud
"Hadiah dari Bumi".
Video disabled by your privacy settings
Jika anda pernah menikmati haruman bunga mawar, ini bermakna anda sudah pun mengetahui tentang kualiti aromatik minyak esensial. Kompaun aromatik volatil yang semula jadi ini ditemui pada benih, tangkai, akar, bunga serta bahagian-bahagian lain tumbuhan. Potensi keharuman Minyak-minyak esensial boleh menjadi sangat wangi.amat tinggi. Minyak esensial memberikan bau yang tersendiri kepada tumbuhan, ia melindungi tumbuhan dan juga memainkan peranan dalam pendebungaan tumbuhan.
Mungkin anda tertanya apakah sebenarnya kompaun aromatik volatil yang disebutkan sebelum ini? Secara ringkasnya, kompaun ini merupakan molekul organik kecil yang cenderung untuk berubah dengan pantas daripada bentuk pepejal kepada cecair, dan kepada bentuk gas di suhu bilik. Mereka digelar volatil kerana mereka berubah bentuk dengan pantas. Apabila anda membuka penutup botol minyak esensial buat pertama kali, anda akan dapat menghidu bau aroma yang kuat dan anda masihia boleh menghidu baunyadihidu dari jarak yang agak jauh. Bahan kimia dan fizikal kompaun aromatik volatil yang menghasilkan minyak esensial membenarkan mereka untuk bergerak pantas dalam udara dan berinteraksi secara langsung dengan deria bau dalam hidung.
Terdapat lebih daripada 3000 pilihan kompaun aromatik volatil telah dikenalpasti sehingga ke hari ini. Sifat minyak esensial berubah dari satu tumbuhan ke tumbuhan lain, dalam keluarga botani, dan dari satu spesies ke satu spesies. Nisbah bahagian aromatik yang halus dijumpai di dalam minyak esensial yang menjadikannya unik dan mempunyai manfaat spesifik.
Komposisi minyak esensial yang asli juga bergantung kepada masa hari, musim, lokasi geografi, metod, dan tempoh penyulingan, tahun ditanam, dan cuaca, menjadikan setiap proses pengeluaran merupakan penentu kritikal terhadap kualiti keseluruhan produk minyak esensial.