Kisah Kami


Di doTERRA, kami menghargai kuasa warga sejagat dan niat sejati untuk memulihkan dunia. Kami merekabentuk perniagaan kami dengan niat untuk membantu orang – dari segi kewangan*, dari segi emosi, dengan pendidikan tentang kehidupan yang sihat dan melalui rasa kekitaan dalam satu komuniti.

Kami dengan niat sejati mendapatkan sumber hadiah dari bumi, memperkayakan setiap kehidupan yang kami sentuh.

Kami mengasaskan doTERRA dengan komitmen berani untuk menjual hanya 100% minyak esensial tulen. Usaha kami dalam mengejar kesejatian bukan sahaja memanfaatkan kehidupan pelanggan kami apabila mereka menerima manfaat semula jadi sepenuhnya dari tumbuhan itu, ia juga memastikan bahawa setiap kehidupan yang kami sentuh dari sumber sehinggalah kepada anda juga turut diperkayakan.

Kami memperkasakan orang dan komuniti dalam usaha mereka mengejar kemandirian.

Kami adalah sebuah syarikat yang diasaskan atas pemerkasaan peribadi. Model perniagaan, strategi penyumberan dan usaha kemanusiaan kami direkabentuk untuk memberikan orang dan komuniti sumber-sumber dan alatan agar mampu untuk berdikari.

Kami memecahkan kitaran penderitaan dan kemiskinan tegar manusia tatkala perniagaan kami berkembang.

Sejak dari permulaan lagi, adalah jelas bahawa doTERRA telah memulakan satu perjalanan yang nyata jauh lebih besar daripada minyak esensial. Melalui amalan perniagaan jujur kami dan fokus kami terhadap kesihatan, kesejahteraan dan kedermawanan, syarikat kami direkabentuk dengan unik untuk impak sosial dan pemerkasaan peribadi untuk semua.

Kami memperjuang dan mendidik untuk memperkasakan semua orang dengan penyelesaian kesejahteraan semula jadi.

Kami berusaha keras untuk berkongsi sumber-sumber, pendidikan, alatan dan penyelesaian-penyelesaian yang boleh memperkasakan sesiapa sahaja untuk membuat keputusan termaklum mereka sendiri tentang kesejahteraan diri mereka dan orang tersayang mereka. Untuk menawarkan kepada semua orang pendidikan dan pengalaman peribadi tentang minyak esensial yang terbaik di seluruh dunia, doTERRA menggunakan kuasa orang, melalui model jualan langsung kami yang dipermodenkan.

Kami memajukan sains untuk penggunaan minyak esensial yang berinovatif.

Kami memilih untuk mendapatkan sumber minyak esensial alam semula jadi yang paling kuat dengan cara yang berbeza dan menetapkan standard untuk industri kesihatan dan kesejahteraan yang selebihnya. Kumpulan saintis pakar dan rakan kongsi penyelidikan doTERRA merevolusikan lanskap itu secara berterusan melalui pengujian tercanggih dan inovasi yang tidak terhenti-henti.

Rantaian bekalan kami yang beretika dan lestari
 

Ketahui Lanjut

Pecahkan kitaran penderitaan dan kemiskinan manusia

Bertindak Sekarang

Alami kesejahteraan semula jadi sekarang
 

Kenapa doTERRA?

Dipercayai oleh pelanggan dan penyelidik
 

Baca Sainsnya

Apakah itu
ketulenan?
 

Janji Kami



Untuk 14 tahun, kami secara senyap-senyap telah melakukan kebaikan tatkala mengganggu norma tanggungjawab korporat secara dramatik. Tetapi di sebalik budaya hari ini yang mengutamakan sesuatu yang lebih cepat dan murah, kami telah mendesak diri kami agar melakukan lebih banyak untuk membantu dunia pulih.

Menjelang penghujung tahun 2030, matlamat kami adalah untuk melonjakkan sebanyak tiga kali ganda impak kami terhadap orang yang kami perkasakan, komuniti di mana kami berkhidmat, kehidupan yang kami menambahbaik dan kemajuan yang kami capai dalam kelestarian dan sains. Kami tahu bahawa kami akan mencapai matlamat ini kerana usaha bersungguh-sungguh kami mengejar ketulenan minyak. Bersama dengan pemimpin Penasihat Kesihatan kami, kami berkomited untuk menutup tirai dekad ini dengan memperkayakan lebih banyak kehidupan dengan produk tulen, niat sejati, amalan perniagaan sejati kami dan kasih sayang sejati kami untuk kemanusiaan.

Baca Laporan Impak Tahunan kami


Mengimbas Kembali Bagaimana Segalanya Bermula

Diasaskan pada tahun 2008, doTERRA telah berkembang pesat hasil dari visi sekumpulan orang yang mempunyai minat mendalam dengan satu misi untuk berkongsi minyak esensial yang paling tulen dengan dunia sejagat. Mereka membentuk sebuah syarikat dan menamakannya doTERRA, satu derivatif dari Bahasa Latin yang bermaksud “Hadiah dari Bumi.” Tontonilah kisah pembentukan doTERRA.

 

Baca lebih banyak mengenai sejarah kami

PENAFIAN
Adalah penting untuk mengiktiraf bahawa Kami Membantu Dunia Kembali Pulih tidak bertujuan untuk menggantikan diagnosis, rawatan, atau pencegahan penyakit. Kenyataan bertujuan kami iaitu Kami Membantu Dunia Kembali Pulih mentakrifkan “mengapa” doTERRA telah merekabentuk model perniagaan kami, rantaian bekalan, program, dan inisiatif untuk sengaja membantu orang — dari segi kewangan, emosi, dengan pendidikan tentang kehidupan yang sihat dan melalui satu rasa kekitaan dalam satu komuniti. Ia juga mencakupi sebab mengapa kami berdedikasi untuk melawan pemerdagangan manusia, kedua-dua dalam rantaian bekalan kami dan dalam komuniti di mana kami menawarkan perkhidmatan dengan produk kami. Lima kenyataan demi untuk menyokong kenyataan Kami Membantu Dunia Kembali Pulih mengekspresikan banyak cara di mana perniagaan kami direka dengan begitu unik sekali untuk memulih dan membantu orang untuk berkembang maju.

*Untuk maklumat lebih mengenai pendapatan tipikal, lihat Kenyataan Pendedahan Peluang dan Pendapatan 2020 kami.

Pilih Benua Anda

Pilih Wilayah Anda

Pilih Lokasi Anda

Pilih Bahasa Anda