Mengubah dunia dengan sumbangan tindakan baik anda. Biarpun hanya satu titis minyak esensial, satu orang, atau satu komuniti.
Video disabled by your privacy settings
Tahun 2019
Projek Healing Hands doTERRA Malaysia yang pertama. Memberi sumbangan sebuah van kepada The National Autism Society of Malaysia (NASOM)
Bekerjasama dengan Tenaganita dalam memerangi jenayah pemerdagangan manusia
Berjalan untuk Autisme. Penasihat Kesihatan dan kakitangan kami mengambil bahagian untuk berkongsi pengalaman produk minyak esensial yang percuma kepada orang ramai
MessYear2.0. Penasihat Kesihatan dan kakitangan kami mengambil bahagian dalam acara yang menarik dan penuh kegembiraan; ia direka khas untuk memberikan kesedaran terhadap autisme, serta menggalakkan orang ramai untuk menerima situasi sebegini
Menyokong pusat perlindungan. Derma RM60,000 kepada pusat perlindungan untuk menyokong Program Pemulihan dan Pemerkasaan dalam membantu mangsa pemerdagangan manusia
Tahun 2020
Menjemput kanak-kanak dari pusat perlindungan untuk menyambut Tahun Baru Cina bersama ahli-ahli kami, dan memenuhi hasrat mereka melalui kempen "Be My Angel"
EngageInGood. Menderma lebih daripada 1200 pek makanan kepada keluarga/individu yang memerlukannya semasa wabak Covid-19 bersama empat NGO tempatan yang lain
Kami terus memberi sokongan kepada projek pusat perlindungan Tenaganita dengan menderma RM60,000 untuk menyokong Program Pemulihan & Pemerkasaan dalam membantu mangsa pemerdagangan manusia
Bekerjasama dengan Penasihat Kesihatan dan Pelanggan Borong untuk memberi sokongan kepada Dual Blessing Bhd yang giat memenuhi keperluan Orang Kurang Upaya (OKU) untuk mengatasi cabaran-cabaran hidup yang ditimbulkan oleh wabak ini
Tahun 2021
Menyokong kempen konsert dalam talian “Fusion of Love” Dual Blessing dengan dermaan RM50,000
Membina kerjasama baru bersama Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM). Kami berjaya mengumpul dana sebanyak RM50,000 untuk menyokong program pemulihan terapi melalui permainan kanak-kanak pesakit kanser dari rumah kanak-kanak
dōTERRA Malaysia telah bekerjasama dengan Hope Selangor untuk kali kedua dalam tempoh pandemik ini dalam program EngageInGood 2.0 dengan menyumbangkan RM50,000 untuk digunakan dalam bantuan makanan kepada keluarga kurang mampu di Selangor dan Klang Valley
Menderma RM23,000 dalam usaha membantu mangsa banjir
Tahun 2022
Januari - Menderma RM5,000 dan RM10,000 masing-masing kepada Dual Blessing Berhad (Pulau Pinang dan Kuala Lumpur) serta bekerjasama dengan Penasihat Kesihatan kami yang memberikan sumbangan dalam bentuk barangan yang memenuhi senarai hajat Dual Blessing Berhad.
April - Menderma RM30,000 kepada Global Shepherd untuk menyokong program Pemulihan dan Jangkauan, menyediakan penjagaan, kebajikan dan semua bentuk campur tangan kepada mereka yang berada dalam kemiskinan, mangsa keganasan berasaskan jantina, penderaan, pengabaian dan eksploitasi.
November - Menderma RM 3,000 kepada Hope Selangor dalam usaha membantu mangsa banjir di Klang Valley.
Disember - RM 50,000 dikumpul dari penjualan Spa Rose Hand Lotion dari bulan Ogos hingga November. Dana tersebut langsung disumbangkan kepada National Cancer Society Malaysia (NCSM), pelaksa Relay for Life Malaysia 2022 untuk membantu mendidik masyarakat tentang penemuan awal dan pencegahan kanser.
Tahun 2023
Januari - Menderma RM 10,000 kepada Dual Blessing KL untuk menyokong kempen “Together, Coming Home”. Kami telah menolong lebih 200 golongan kurang upaya memenuhi hajat mereka untuk balik kampung pada Hari Tahun Baru Cina sambil memberi angpao.
Mei - Setelah berhenti selama tiga tahun dari pandemi, kami bangga dapat kembali menyokong Autism Walk by NASOM dengan memberikan sumbangan RM30,000 dalam bentuk wang tunai dan hadiah cabutan. Kerjasama kami dimulai dengan komitmen untuk memenuhi keinginan NASOM sebuah van. Jadi, pada tahun 2019, berkerjasama dengan para Penasihat Kesihatan kami, kami menyerahkan van baru ke NASOM. Dalam Autism Walk by NASOM ini, 11 Penasihat Kesihatan mengambil bahagian untuk berkongsi pengalaman produk minyak esensial - AromaTouch Hand Technique kepada orang ramai secara percuma. Mereka dapat merasakan semua kebaikan dari "Hadiah dari Bumi."
Oktober - Sebanyak RM10,000 telah dikumpulkan dari jualan Spa Rose Hand Lotion buat kali kedua bagi menyokong acara ‘Relay for Life Malaysia 2023’. Acara ini telah dianjurkan oleh National Cancer Society Malaysia (NCSM) bagi tujuan masyarakat sekeliling untuk memperingati pejuang kanser yang pernah berjaya melawan kanser, mengenang pesakit kanser yang telah tiada bersama, meningkatkan kesedaran orang ramai, dan juga mengumpul dana untuk kanser. Selain itu, program larian dan berjalan mengelilingi trek juga telah dianjurkan semasa sambutan tersebut sebagai tanda solidariti dan sokongan komuniti dalam perjuangan menentang kanser.
Tahun 2024
April - Kami meningkatkan dedikasi kami dengan kerjasama baru bersama Be My Protector Malaysia. Kolaborasi ini bertujuan untuk memperkuat usaha dalam memerangi pemerdagangan manusia dan menyokong mangsa dalam membina semula kehidupan mereka. Dengan sumbangan sebanyak RM30,000 ini, kami, bersama Be My Protector Malaysia, berazam untuk meningkatkan kesedaran, pencegahan, dan sokongan bagi mangsa, dengan matlamat mencipta perubahan yang berterusan dan mewujudkan dunia di mana setiap individu bebas dari eksploitasi.
Mei - Sempena Hari Ibu, 30 ibu tunggal yang juga mangsa keganasan rumah tangga telah dijemput ke acara sambutan Hari Ibu anjuran Hope Selangor. Tiga puluh (30) botol Hope Touch telah disumbangkan sebagai sebahagian daripada hadiah pintu untuk membantu dalam segmen pemulihan.
Julai - Kami telah menyokong Dual Blessing untuk kali kedua dalam kempen derma tahunan sejak tahun 2023. Tahun ini, mereka bertujuan untuk mengumpul RM 200,000 bagi Dana Latihan dan Pendidikan Dual Blessing serta menaik taraf Persekitaran Penginapan Rumah Dual Blessing.
Jualan dari produk di bawah akan disumbang kepada aktiviti-aktiviti kebajikan