Kertas Fakta


doTERRA merupakan ketua dalam mendapatkan sumber, ujian, pengilangan, dan menyebarkan minyak esensial CPTG menerusi rangkaian global lebih dari lima juta pelanggan. doTERRA, perkataan Latin yang bermaksud, “anugerah bumi,” menetapkan piawai untuk minyak esensial dengan menyediakan kepada pelanggan minyak yang paling diuji dan paling dipercayai dan memajukan kepakaran dan komitmen yang diperlukan di dunia. doTERRA Co-Impact Sourcing® menyediakan petani tempatan dan penyuling dengan pampasan yang adil bagi usaha mereka, mencipta ekonomi tempatan yang lebih kuat dan pembekal yang stabil dan lebih sihat. Tambahan kepada barisan premium pati tumbuhan tunggal dan minyak esensial proprietari campuran, syarikat menawarkan minyak penjagaan peribadi dan produk spa, suplemen pemakanan dan produk kehidupan sihat untuk rumah.

Peristiwa Penting Perkembangan

  • 2008 — doTERRA diasaskan
  • 2008 — doTERRA mencapai $1 juta dalam jualan
  • 2009 — doTERRA mempunyai $1 juta pertama sebulan
  • 2012 — doTERRA mempunyai $1 juta untuk beberapa hari
  • 2013 — doTERRA pecah tanah untuk ibu pejabat korporat yang canggih
  • 2014 — doTERRA meraikan 1,000,000 Wellness Advocates
  • 2014 — Fasa 1 ibu pejabat korporat doTERRA siap
  • 2015 — Fasa 2 ibu pejabat korporat siap menyediakan 383,000 kaki persegi pejabat profesional dan ruang pengilangan atas talian
  • 2015 — doTERRA membina Esseterre Bulgaria EOOD, operasi perladangan dan penyulingan di timur Bulgaria
  • 2015 — doTERRA mencapai lebih daripada $1 billion dalam jualan
  • 2016 — doTERRA meraikan 3,000,000 Wellness Advocates
  • 2016 — doTERRA menghantar produk kepada pelanggan di lebih 100 negara dan pejabat korporat di 17 negara
  • 2017 — doTERRA pecah tanah untuk besarkan pejabat korporat
  • 2017 — doTERRA memecahkan rekod GUINNESS WORLD RECORDS untuk Most Personal Hygiene Kits Assembled in One Hour
  • 2017 — doTERRA membuat sejarah dengan mengadakan konvensyen syarikat tunggal terbesar dengan kehadiran lebih daripada 30,000 orang di Utah
  • 2017 — doTERRA mengumumkan inisiatif baru yang memberi fokus kepada membantu pembekal perubatan mengambil pendekatan integrasi untuk mengekalkan pesakit sihat dan kuat
  • 2017 – 2,000+ orang pekerja
  • 2017 – Pejabat di Malaysia, New Zealand dan Costa Rica mula beroperasi
  • 2018 – doTERRA menerima anugerah “America’s Best Midsize Employers” dari Forbes untuk tiga tahun berturut-turut
  • 2018 – Ulang tahun ke-10
  • 2018 - Global Convention doTERRA 2018 diiktiraf sebagai acara yang tidak menghasilkan sisa buangan
  • 2018 – Derma $5 juta untuk membantu dalam pengembangan hospital Huntsman Cancer Foundation
  • 2018 – Klinik Kesihatan Meridian Perdana yang pertama dibuka di St. George, Utah
  • 2018 – doTERRA menyokong 122,095 pekerjaan dan memberi impak kepada 541,349 manusia melalui usaha penyumberan global
  • 2018 – doTERRA diiktiraf sebagai peneraju Aromaterapi Global dan Pasaran Minyak Esensial dari Verify Markets
  • 2018 – 3,200+ orang pekerja
  • 2018 – doTERRA membuka kemudahan penjagaan kanak-kanak
  • 2018 – Membuka pasaran di Brazil, Guatemala, Ecuador dan Rusia
  • 2019 – Kumpulan Sains doTERRA menerbitkan beberapa ujian klinikal
  • 2019 – Buka Klinik Kesihatan Meridian Perdana untuk pekerja di Pleasant Grove
  • 2019 – Dengan melalui penajaan, kerjasama dan ambil bahagian dalam projek-projek korporat, kami berjaya menyokong lebih daripada 830 buah organisasi
  • 2019 – Membuka pusat produk baru di Alaska
  • 2019 – doTERRA menerima anugerah “a Top Workplace in the Salt Lake Tribune Top Workplaces Awards”
  • 2019 – Bekerjasama dengan acara Tour of Utah dan pasukan Utah Jazz
  • 2019 – doTERRA berkongsi visi kami dalam penyumberan lebih mampan untuk Frankincense dan Myrrh di World Congress on Medicinal and Aromatic Plants yang ke-6
  • 2019 – Bekerjasama dengan Penjagaan Kesihatan St. Elizabeth untuk menubuhkan doTERRA Center for Integrative Oncology
  • 2019 – Membuka pasaran di Colombia, Filipina dan Afrika Selatan
  • 2019 – Projek penyumberan dan projek impak sosial telah memberikan impak kepada 1,014,071 orang
  • 2020 - doTERRA Healing Hands Foundation menyambut ulang tahun yang ke-10
  • 2020 - doTERRA Center for Integrative Oncology dibuka di Hospital St. Elizabeth di Edgewood, Kentucky
  • 2020 – Menubuhkan European Manufacturing Headquarters di Cork, Ireland
  • 2020 – Menubuhkan European Call Center di Budapest, Hungary
  • 2020 – Berjaya menjalankan konvensyen global maya pertama, ini merupakan acara global terbesar kami
  • 2020 – Verify Markets menamakan doTERRA sebagai peneraju industri minyak esensial
  • 2021 – Membuka pasaran baru di Thailand dan Israel
  • 2021 – Melancarkan Hope, ia merupakan pelan tindakan komprehensif untuk memerangi pemerdagangan dan pemangsaan manusia
  • 2021 – Membuka Hospital Khas Sanaag demi memberikan lebih daripada 600,000 penduduk akses kepada penjagaan kesihatan untuk kali pertama

 

 

Pengekalan Ahli Yang Memimpin Industri

doTERRA menikmati 68 peratus kadar pengekalan, berbanding dengan industri jualan langsung yang mempunyai purata hampir 10 peratus. Selepas menyertai doTERRA, 68 peratus daripada semua pelanggan doTERRA membuat tempahan semula, berkongsi produk doTERRA, atau membina bisnes doTERRA. Mengapa?

  1. Pelanggan dan Wellness Advocates berpuas hati dengan nilai produk
  2. Tahap kepuasan yang tinggi membawa kepada keinginan untuk berkongsi produk dan kejayaan dengan orang lain
  3. Ketua jualan produk mengetahui nilai rancangan pampasan doTERRA yang hebat

 

Orang dan Tempat

doTERRA telah siapkan ibu pejabat global baru di Pleasant Grove, Utah, USA pada tahun 2015. doTERRA mengambil pekerja lebih daripada 2,000 orang dalam operasi korporat hari ke hari di Amerika Syarikat, dengan lebih banyak pekerja yang bekerja di peringkat antarabangsa. Pekerja-pekerja menyokong rangkaian global lebih daripada lima juta pelanggan.

 

CPTG Certified Pure Therapeutic Grade® — Sebuah Inovatif Piawai

Minyak esensial doTERRA CPTG Certified Pure Therapeutic Grade® mewakili minyak paling bermanfaat dan selamat yang ada di dunia. Untuk minyak menjadi CPTG Certified Pure Therapeutic Grade mesti:

  • Asli dan semula jadi, dengan kompaun aromatik yang diekstrak secara teliti daripada tumbuhan
  • Bebas daripada pengisian atau bahan tiruan, tiada pencemaran kualiti aktif
  • Bebas pencemaran, serangga, atau bahan kimia
  • Diuji dengan ketat untuk piawai bahan kimia
  • Diuji silang menggunakan spektrometri jisim dan kromatografi gas untuk memastikan keaslian yang tepat dan kepekatan komposisi
  • Bersumberkan oleh rangkaian global ahli kimia minyak esensial terkemuka dan petani untuk memastikan spesies yang betul, perkembangan dalam persekitaran yang terbaik, dan bahan tumbuhan yang mentah di tuai dengan teliti pada masa yang tepat

 

Tanggungjawab Sosial Korporat

doTERRA Co-Impact Sourcing®

doTERRA berusaha untuk memperbaiki kehidupan dan komuniti seluruh dunia. Kebanyakan minyak esensial yang ditawarkan oleh doTERRA bersumberkan daripada negara yang sedang membangun, di mana petani dan penyuling sering berada dalam belas kasihan pihak ketiga. doTERRA Co-Impact Sourcing membantu mencipta gabungan antara petani dan penyuling yang memastikan komuniti tempatan menerima bayaran yang adil dan tepat masa untuk membantu keluarga dan komuniti. doTERRA berusaha dengan gabungan ini untuk memberikan sumber, alatan dan latihan bagi memastikan kerjasama yang berkekalan lama.

doTERRA Healing Hands Foundation®

doTERRA memberi tumpuan dalam usaha dermawan melalui doTERRA Healing Hands Foundation. Misi mereka adalah untuk memberi penyembuhan dan harapan kepada dunia, untuk kehidupan bebas penyakit dan kemiskinan, dan terutamanya mengajar budaya miskin menjadi berdikari.

Yayasan ini disokong oleh penyumbang daripada penyumbang bebas doTERRA yang dikenali sebagai Wellness Advocates, pelanggan runcit dan pilihan, pegawai dan pekerja syarikat, dan mereka yang berkongsi visi dengan kami. Sumbangan dikutip menerusi sumbangan bulanan, dan jualan produk terpilih. Untuk keterangan lebih lanjut, sila layari Healing Hands.

The Healing Hands Foundation telah terlibat dalam banyak projek, termasuk seperti yang berikut:

  • Pinjaman kredit mikro menyediakan dana yang boleh diperbaharui untuk usahawan dalam komuniti membangun.
  • Air dan program air bersih.
  • Membangunkan dan menghidupkan semula sekolah dan klinik.
  • Peralatan dan sumber perubatan untuk sekolah dan hospital.
  • Pendidikan tentang kebersihan dan kesihatan.

Pilih Benua Anda

Pilih Wilayah Anda

Pilih Lokasi Anda

Pilih Bahasa Anda