Rangkaian Botanikal Global


Video disabled by your privacy settings

 "...majoriti daripada minyak kami datang daripada perjanjian eksklusif di mana petani dan penyuling hanya akan menjual kepada doTERRA. Jika sesiapa memberitahu anda bahawa mereka mempunyai minyak esensial sebaik doTERRA, atau mereka dapat minyak esensial daripada pengeluar yang sama, itu adalah tidak benar"

Kami mempunyai kebun di mana sahaja, daripada laman belakang ke rumah hijau dan plot komuniti. Ambang pintu juga dihias dengan herba kebun. Semua ladang di seluruh dunia menanam, membesarkan, dan menuai tanaman setiap hari. Dengan kepelbagaian itu, pelbagai bahan mentah yang diperlukan dalam minyak esensial dapat ditumbuhkan, seseorang akan terfikir bahawa pembekal kepada dunia merupakan proses yang mudah. Hanya menanam benih, tuai bahan, dan suling minyak, kan?

Namun begitu, model tersebut adalah tidak mencukupi. Demi memenuhi permintaan yang meningkat untuk minyak berkualiti terbaik yang paling bermanfaat memerlukan inisiatif global yang lebih. Melalui kerjasama dengan petani dan penyuling Rangkaian Botanikal Global kami, doTERRA telah mencipta sistem optimum untuk penyulingan dan penyebaran minyak esensial.

doTERRA bekerjasama dengan petani dan penyuling dari lebih 40 negara untuk menghasilkan minyak esensial kepada pelanggan di seluruh dunia. doTERRA menghargai kepakaran petani dan pengeluar tempatan mengenai tumbuhan yang memberikan minyak esensial. Biarpun ia lebih mudah untuk membeli sebuah plot tanah yang besar dan untuk menanam tumbuhan ini di dalam ladang, tetapi ia susah untuk mengganti pengetahuan petani dan penyuling ini – ramai daripada mereka bekerja di tanaman berbeza untuk generasi ke generasi. Amat mustahil untuk cuba menyerap semua pengalaman dan pengetahuan, jadi mengapa tidak mengambil kepakaran ke dalam rangkaian global?

Mewujudkan kerjasama dengan petani dan penyuling yang ramai bukan satu pencapaian yang mudah. Ia memerlukan rekod terbukti yang dibina bertahun-tahun untuk menubuhkan reputasi yang dihormati. Perjanjian yang adil dan jujur bersama individu dan koperasi membolehkan doTERRA mendapat kepercayaan mereka. Usaha tersebut terbayar apabila reputasi tersebar tentang integriti doTERRA. Semakin ramai orang mendaftar untuk bekerjasama dengan doTERRA, ia menjadikan kami pembeli minyak esensial terbesar di dunia. Tambahan lagi, majoriti minyak kami datang daripada perjanjian eksklusif di mana petani dan penyuling hanya akan menjual kepada doTERRA. Oleh itu, jika sesiapa memberitahu anda yang minyak esensial dengan kualiti sama seperti doTERRA, atau mereka dapat minyak esensial daripada pengeluar sama, maka itu adalah tidak betul. Piawai kualiti dan perjanjian eksklusif kami dengan mereka yang menanam tumbuhan-tumbuhan ini bermakna kualiti minyak esensial kami adalah terjamin bagus.

Lebih daripada sekadar manfaat dalam produksi, Rangkaian Botanikal Global mempunyai manfaat tambahan yang mampu mengubah hidup mereka menjadi lebih baik. Menerusi Co-Impact Sourcing® kami dan juga doTERRA Healing Hands Foundation™, kami telah dapat memberi impak positif kepada komuniti di mana rakan kongsi kami tinggal. Kebanyakan minyak esensial kami datang daripada negara yang sedang membangun di mana mereka tidak menikmati kemudahan asas dalam dunia moden kita. Sebagaimana kami bekerja untuk mencipta hubungan rakan kongsi di kawasan ini, kami juga bekerja untuk memperbaiki kehidupan melalui menawarkan pendidikan. Anda boleh belajar lebih tentang beberapa projek Co-Impact kami di sini. Anda juga boleh belajar dengan lebih lanjut mengenai Healing Hands Malaysia di sini.

Menyediakan minyak esensial dengan kualiti terbaik mungkin nampak mudah tetapi apabila dibuat dengan betul, ia memerlukan dedikasi, integriti, dan kepercayaan – prinsip-prinsip doTERRA yang setia.

Pilih Benua Anda

Pilih Wilayah Anda

Pilih Lokasi Anda

Pilih Bahasa Anda