Asal: perkataan Latin yang bermaksud
"Hadiah dari Bumi".
doTERRA® SPA Moisturizing Bath Bar merupakan sabun buku yang memberikan pengalaman rasa, buih, aroma dan pembersihan yang unik. Tidak seperti sabun biasa dengan permukaan yang kasar, sabun buku semula jadi ini menjadikan kulit bersih, licin, dan lembut. Daripada penggunaan pertama, anda akan mendapati bahawa sabun buku ini berbeza dengan sabun-sabun lain yang anda pernah guna sebelum ini. Ia mempunyai buih lembut yang meluncur pada kulit dengan mudah, membersih dengan teliti di samping melembapkan dengan minyak benih jojoba, gliserin berasaskan tumbuhan, dan jus aloe vera. Bau minyak esensial CPTG® Bergamot dan Grapefruit yang menyegarkan dialami secara berterusan bermula daripada pembukaan pakej buat pertama kali dan dengan setiap kegunaan. Rasai pengalaman spa aromatik yang kaya dan membersihkan dengan sabun buku semula jadi dan asli oleh doTERRA.
Tambah air pada sabun buku untuk mendapatkan lebih banyak buih. Gunakan di tempat mandi, tab mandi atau di sinki. Untuk menjadikan sabun buku tahan lama, keringkan di setiap kegunaan. Simpan di dalam suhu bilik. Elakkan haba berlebihan.
Untuk kegunaan luaran sahaja. Elak daripada menyentuh pada mata.
Sodium Cocoate, Air (Aqua), Gliserin, Acid Kelapa, Minyak Kulit Jeruk aurantium bergamia (Bergamot), Minyak Kulit sitrus paradisi (Grapefruit), Minyak Biji Simmondsia chinensis (Jojoba), Ekstrak Jus Daun Lidah Buaya barbadensis (Aloe Vera), Natrium Glukonat, Tokoferal, Minyak Biji Helianthus annuus (Bunga Matahari), Galaktoarabinan, Natrium Klorida, Acid Sitrat, Natrium Sitrat