Cilantro
Coriandrum sativum
Item: 41851507
Saiz: 15 mL
Harga Runcit: RM 163.00
Harga Borong: RM 122.00
PV: 31
Penerangan
Penggunaan dalam masakan dan manfaat tambahan Cilantro telah didokumentasikan selama berabad-abad. Digunakan secara topikal, Cilantro melegakan dan mendinginkan kulit, serta menambah aroma segar dan berherba kepada apa sahaja campuran minyak esensial apabila disembur. Cilantro memberi perasaan lega dan dingin apabila digunakan pada kulit dan menenangkan tubuh badan. Cilantro juga membantu dalam menghapuskan bau yang tidak diingini. Minyak esensial Cilantro mempunyai keupayaan yang pelbagai menjadikannya minyak yang penting untuk dimiliki di mana-mana kediaman.
Penggunaan
- Sembur dengan minyak esensial sitrus untuk aroma yang segar, manis dan berherba.
- Letakkan beberapa titis minyak Cilantro ke dalam alat penyebar untuk membantu mengurangkan bau bilik yang kurang enak.
Arahan Penggunaan
Semburan: Guna tiga hingga empat titis di dalam alat penyebar pilihan anda.
Penggunaan topikal: Sapukan satu ke dua titis ke tempat yang diingini. Cairkan satu hingga dua titis dengan doTERRA Fractionated Coconut Oil untuk mengurangkan sebarang sensitiviti kulit. Lihat langkah berjaga-jaga di bawah.
Langkah berjaga-jaga
Kemungkinan berlaku sensitiviti kulit. Jauhkan daripada kanak-kanak. Jika anda mengandung, menyusukan anak, atau di bawah jagaan doktor, berunding dengan doktor anda. Elakkan daripada terkena mata, dalam telinga dan kawasan sensitif.
Manfaat Utama
- Bertindak sebagai pembersih semula jadi yang berkuasa.
- Membantu membersih dan menyegarkan udara.
- Daun Cilantro mengandungi manfaat yang boleh menyokong pencernaan yang sihat.
Gambaran Aromatik
Segar, herba, manis, pedas
Kaedah Pengumpulan
Penyulingan Stim
Bahagian Tumbuhan
Daun
Komponen Kimia Utama
Linalool, decenal