Asal: perkataan Latin yang bermaksud
"Hadiah dari Bumi".
Black Spruce ialah minyak esensial kayu yang kuat dan menurut sejarah, digunakan oleh Orang Asli Amerika untuk menggalakkan kesihatan kulit dan sebagai sebahagian daripada amalan penyembuhan dan pembersihan rohani mereka. Disuling daripada daun dan ranting pokok Picea mariana, minyak esensial Black Spruce tinggi dengan bornyl acetate, sejenis komponen kimia yang memberi keamanan dan ketenangan. Mulakan hari anda dengan manfaat sejuk dan tenang Black Spruce, baik secara topikal mahupun aromatik. Selepas senaman berat, atau apabila badan anda memerlukan sokongan topikal, urut Black Spruce dengan minyak pembawa pada kulit untuk menghasilkan urutan yang menenangkan dan selesa. Sebarkan Black Spruce atau sapu pada belakang leher sepanjang hari untuk melahirkan perasaan yang seimbang dan harmoni. Aroma segar minyak esensial Black Spruce sering digunakan dalam aromaterapi untuk membantu mengekalkan laluan udara yang selesa dan pernafasan yang mudah.
Kemungkinan berlaku sensitiviti kulit. Jauhkan daripada kanak-kanak. Jika anda mengandung, menyusukan anak, atau di bawah jagaan doktor, berunding dengan doktor anda. Elakkan mata, dalam telinga dan kawasan sensitif.