Produk Tumpuan: Minyak Ylang Ylang


Deskripsi Produk Minyak Ylang Ylang 

Dalam salah satu lokasi Co-Impact Sourcing® yang doTERRA usahakan, bunga Ylang Ylang dituai oleh beberapa penduduk berasal dari Madagascar yang bekerja keras untuk menghasilkan minyak esensial Ylang Ylang yang mujarab. Bunga Ylang Ylang telah digunakan selama berabad-abad dalam minyak wangi, upacara keagamaan, aromaterapi, dan acara perkahwinan, dan minyak esensial yang dihasilkan dari bunga ini serba boleh. Banyak kegunaan dan kelebihan minyak Ylang Ylang boleh didapati apabila digunakan secara aromatik dan topikal. Ylang Ylang sering digunakan untuk faedah luarannya dan boleh menggalakkan penampilan kulit dan rambut yang sihat. Haruman popular minyak Ylang Ylang sering digunakan dalam minyak wangi dan rawatan aromaterapi kerana baunya yang kaya dan menenangkan dan kesannya yang membangkitkan emosi.  

Cara untuk Mendapatkan Minyak Ylang Ylang 

Untuk membeli sebotol Ylang Ylang yang tulen dan berkesan, lawati halaman produk minyak esensial Ylang Ylang. 

Keaslian dan potensi merupakan unsur penting untuk minyak esensial yang berkualiti dan merupakan faktor penyumbang besar kepada keberkesanan setiap minyak. Ini kerana potensi suatu tumbuhan bermula dengan tumbuhan itu sendiri, adalah penting bagi tumbuh-tumbuhan untuk ditanam dan dituai dalam persekitaran optimumnya. Atas sebab ini, doTERRA menanam tumbuh-tumbuhan untuk minyak esensial di lokasi idealnya dan, seperti di Madagascar, rangkaian petani global yang mempunyai pengetahuan tentang proses penanaman tumbuhan untuk minyak esensial diupah. Mereka akan memastikan tumbuhan dijaga dengan betul dan dituai di peringkat-peringkat yang betul. Penjagaan kualiti dan penuaian tanaman ini menghasilkan potensi tertinggi.  

Untuk memastikan keaslian setiap minyak esensial, doTERRA meletakkan setiap kelompok minyak esensial agar melalui protokol CPTG®. Protokol ini mengandungi satu siri ujian yang menentukan keaslian setiap minyak esensial. Sekiranya minyak esensial didapati tulen dan selamat, maka ia diluluskan untuk dijual. doTERRA memberikan penekanan khusus dalam menjamin keaslian dan potensi minyak-minyak mereka, kerana apabila minyak esensial adalah asli dan mujarab, ia sangat berkesan dan dapat memenuhi keperluan mereka yang menggunakannya. 

Kegunaan dan Kelebihan Minyak Ylang Ylang 

  1. Membantu mengubah suasana suram anda kepada ceria dengan menggunakan minyak esensial Ylang Ylang. Setiap kali anda berasa sedih atau tertekan, gunakan beberapa titisan minyak esensial Ylang Ylang di belakang leher anda untuk kesan menenangkan dan menaikkan semangat. Kerana salah satu unsur kimia utama minyak Ylang Ylang, germacrene, minyak ini mengandungi kebolehan semula jadi untuk menenangkan. Ylang Ylang juga dikenali kerana kesannya yang membangkitkan semangat dan merupakan minyak yang bagus untuk digunakan apabila memerlukan peningkatan dari segi tenaga. 
     
  2. Jangan biarkan kehangatan musim panas yang merosakkan menghalang rambut anda dari kelihatan sihat dan kuat. Sebaliknya, gunakan minyak esensial Ylang Ylang. Minyak Ylang Ylang kaya dengan komponen organik yang menggalakkan agar rambut kelihatan sihat. Untuk melindungi rambut anda daripada kelihatan kusam akibat bahang musim panas, urut Ylang Ylang ke kulit kepala anda untuk menyerlahkan penampilan rambut yang sihat dan berkilau. 
     
  3. Isi rumah anda dengan aroma yang kaya dan manis dari bunga Ylang Ylang tropika. Bunga berwarna kuning berbentuk bintang ini merupakan batu permata dalam industri aroma dan minyak esensialnya boleh digunakan untuk mewujudkan suasana santai. Untuk mendapatkan manfaat aromatik yang membahagiakan ini, tambahkan beberapa titisan Ylang Ylang kepada penyembur anda. Aroma yang kaya ini tidak hanya berbau harum, ia juga akan membangkitkan emosi anda dan memberi kesan menenangkan.  
     
  4. Hilangkan tekanan anda dengan mandian luar biasa yang akan menyegarkan deria anda dan memberikan kelegaan. Untuk pengalaman mandi yang menakjubkan, masukkan minyak esensial Ylang Ylang ke dalam mandian garam Epsom. Dengan sifat yang menenang dan melegakan minyak Ylang Ylang, mandian ini benar-benar dapat memberikan apa yang anda perlukan untuk merehatkan anda selepas seharian. 
     
  5. Adakah anda sukar untuk melihat sisi baik setiap perkara? Gunakan minyak esensial Ylang Ylang secara aromatik atau topikal untuk mendapatkan sudut pandangan yang lebih optimistik. Ylang Ylang adalah komponen pencetus semangat yang berkuasa dan membantu menggalakkan fikiran yang positif. 
     
  6. Hasilkan campuran urut yang sempurna untuk menghilangkan tekanan dengan minyak esensial Ylang Ylang. Urutan adalah cara yang baik untuk membantu melegakan ketegangan otot dan perasaan dan dengan gabungan Ylang Ylang dalam urutan anda ia akan memberikan pengalaman santai yang tidak terhingga. Ylang Ylang dikenali dan dianggap berharga kerana keupayaannya melegakan dan menenangkan emosi di samping memberikan kesan menaikkan semangat. Untuk menghasilkan campuran urut yang mujarab dan berkesan yang mampu mengurangkan kesan dari tekanan setiap hari, tambahkan beberapa titisan Ylang Ylang ke dalam doTERRA Fractionated Coconut Oil dan urut di bahagian belakang dan bahu anda.  
     
  7. Elakkan bahan kimia berbahaya yang terdapat pada perapi rambut dan rawatan rambut, dan pilihlah bahan-bahan semula jadi! Hasilkan sendiri perapi rambut anda dengan menambahkan minyak esensial Ylang Ylang ke dalam doTERRA Fractionated Oil Coconut dan sapu pada rambut anda. Minyak Ylang Ylang mempunyai manfaat yang sangat baik kepada rambut yang akan membuatkan rambut anda kelihatan sihat dan cantik! 
     
  8. Berikan kulit anda sedikit kemanjaan dengan rawatan muka stim aromaterapi minyak esensial Ylang Ylang. Rawatan stim adalah bagus untuk kulit anda. Haba dari stim membantu membuka liang pori dan, dalam proses tersebut, bakteria dan kotoran dibebaskan dari kulit anda. Mencampurkan Ylang Ylang dalam rawatan wajah stim anda akan membantu menghasilkan kulit yang sihat dan juga akan menambah bau yang manis kepada penjagaan wajah DIY anda. 
     
  9. Aroma kaya Ylang Ylang digemari ramai dan telah digunakan secara meluas untuk membuat minyak wangi. Untuk bauan semerbak, minyak wangi semula jadi, letakkan setitik dua Ylang Ylang pada pergelangan tangan anda. Minyak wangi ini juga akan mengeluarkan aroma yang menenangkan dan mendamaikan. 

Fakta menarik 

Tumbuhan Ylang Ylang juga dipanggil pokok parfum, oleh disebabkan bunganya yang sangat wangi. 

Deskripsi tumbuhan 

Ylang Ylang, atau Cananga odorata, adalah tumbuhan yang bercirikan dahan yang melayut dan berdaun hijau cerah. Di sepanjang batang hijau tumbuhan ini tumbuhnya tangkai yang terdiri daripada bunga-bunga mekar kuning-hijau. Bunga-bunga ini bergantungan pada tangkai dan sangat harum. Bunga semerbak ini juga menghasilkan buah-buahan hijau yang tumbuh bergugusan dan menjadi hitam apabila masak. Minyak esensial Ylang Ylang doTERRA diekstrak dari bunga tumbuhan Ylang Ylang. 

Bahan Kimia Minyak Ylang Ylang 
Komponen Kimia Utama: Germacrene, caryophyllene 

Dua daripada unsur kimia utama minyak esensial Ylang Ylang ialah caryophyllene dan germacrene. Kedua-dua komponen kimia ini adalah sebahagian daripada kumpulan sesquiterpenes. Unsur kimia dan aroma unik Ylang Ylang menyuntik perasaan menenangkan apabila digunakan secara aromatik. 

Kombinasi Minyak yang Baik dengan Minyak Ylang Ylang 

Minyak Ylang Ylang yang dicampur dengan pelbagai jenis minyak lain memberi manfaat kepada minda dan anggota badan. Bagi campuran minyak esensial yang ideal, gabungkan minyak Ylang Ylang dengan Bergamot, Geranium, Grapefruit, Lemon, Marjoram, Sandalwood, atau Vetiver untuk sapuan.  

Video disabled by your privacy settings

Cautions

Possible skin sensitivity. Keep out of reach of children. If you are pregnant, nursing, or under a doctor’s care, consult your physician. Avoid contact with eyes, inner ears, and sensitive areas.

 

References 
1. "Ylang Ylang plant description"
2.  "Ylang Ylang plant"
3. "doTERRA Science Blog: Caryophyllene and Healthy Cell Growth"
 


There are no customer reviews yet.

Purata Penilaian Penilaian / Komen

Bagaimana anda menilai siaran ini?

dōTERRA mengalu-alukan komen anda yang bernas!

Komen terhad kepada 200 aksara, perlu diperiksa untuk kelulusan, dan disiarkan apabila lulus.

200 characters remaining

Pilih Benua Anda

Pilih Wilayah Anda

Pilih Lokasi Anda

Pilih Bahasa Anda