Penerangan Tumbuhan Minyak Wintergreen
Sebagai salah satu inisiatif doTERRA Co-Impact Sourcing®, minyak esensial Wintergreen diperolehi daripada kawasan terpencil di Nepal. Minyak Wintergreen diekstrak daripada daun pokok renek yang menjalar dan mengandungi komponen kimia yang unik iaitu methyl salicylate. Kimia ini mengandungi ciri-ciri kelegaan dan hanya berlaku secara semulajadi ke atas dua tumbuhan ini sahaja iaitu birch dan wintergreen. Disebabkan konstituen semula jadinya, minyak Wintergreen dicari disebabkan oleh kelebihan topikal dan lazimnya digunakan di dalam losyen, krim dan produk penjagaan oral. Kehebatan minyak Wintergreen yang melegakan ini menjadikan ianya komponen yang sesuai untuk urutan. Minyak esensial Wintergreen mempunyai haruman yang terkenal iaitu manis, segar dan bauan bagai pudina. Aroma ini boleh membangkitkan dan merangsang deria-deria manusia.
Di manakah untuk Membeli Minyak Witergreen
Untuk membeli sebotol Wintergreen yang asli dan berkualiti tinggi, layari laman produk
minyak Wintergreen atau buat pesanan anda daripada doTERRA Penasihat Kesihatan tempatan.
Apabila membeli minyak esensial, ianya sangat penting untuk mencari minyak yang berkualiti tinggi dan tulen. Kedua-dua kualiti ini merupakan penyumbang terbesar bagi keberkesanan minyak tersebut dalam memenuhi kehendak pengguna. Kekuatan minyak tersebut bermula dengan tumbuhan itu sendiri. Apabila tumbuhan tersebut tumbuh dalam tanah, suhu dan iklim yang optimum serta dituai pada waktu yang betul, ia dapat meningkatkan kekuatan minyak esensial tersebut. Seperti minyak Wintergreen yang disumberkan dari Nepal sebagai salah satu inisiatif
doTERRA Co-Impact Sourcing, doTERRA membesarkan tanaman mereka di kawasan yang paling optimum di seluruh dunia serta dituai dan disuling oleh orang yang berpengalaman. Proses ini membenarkan minyak esensial doTERRA untuk membina dan mengekalkan kekuatan maksimumnya.
Untuk menghasilkan minyak esensial yang tulen, doTERRA meletakkan setiap minyak tersebut untuk melalui protokol
CPTG (Certified Pure Therapeutic Grade®). Sekiranya minyak tersebut disahkan bebas daripada bahan pencemar dan dianggap tulen, maka minyak tersebut layak untuk dijual. Kaedah penuaian dan pengujian dapat memastikan bahawa minyak doTERRA yang anda terima adalah tulen, berkualiti tinggi dan memenuhi kehendak anda.
Kegunaan dan Kelebihan Minyak Wintergreen
- Disebabkan minyak Wintergreen kaya dengan komponen kimia seperti methyl salicylate, ia menjadikan minyak ini sangat sesuai untuk urutan. Untuk merasai pengalaman yang melegakan, tambahkan minyak Wintergreen pada urutan selepas senaman anda. Ini akan membantu untuk memperbaharui minda dan badan. Apabila menggunakan minyak esensial Wintergreen, sentiasa ingat yang sedikit-sedikit akan menjadi bukit dan pastikan anda mencairkan minyak Wintergreen dengan Minyak Fractionated Coconut untuk mengurangkan kemungkinan untuk mendapat kulit sensitif.
- Bawakan kesegaran minyak esensial Wintergreen ke dalam rumah anda dengan meletakkan beberapa titis minyak Wintergreen ke dalam diffuser anda. Haruman minyak esensial Wintergreen menjadikan seolah-olah berada di luar di samping menambahkan bauan malar hijau yang manis dan bak pudina. Bersama-sama dengan aromanya yang bersih, menggunakan minyak Wintergreen dapat memberikan kesan membangkitkan dan keransangan kepada deria-deria.
- Minyak esensial Wintergreen mempunyai haruman yang kuat dan menyenangkan yang akan membantu untuk menutup bau-bau yang tidak menyenangkan. Apabila anda hendak ke gim, letakkan beberapa titis minyak Wintergreen di atas bebola kapas dan simpankannya di dalam beg gim anda. Bebola tersebut akan menggantikan bauan peluh daripada baju gim anda dengan aroma yang manis dan bak pudina.
- Selepas menjalani hari yang memenatkan, ambil beberapa masa untuk berehat dan manjakan diri anda dengan mandian Wintergreen. Hanya tambahkan 1-2 titis minyak Wintergreen ke dalam air mandian yang suam dan nikmati sensasi minyak esensial Wintergreen yang melegakan. Minyak Wintergreen akan membantu melegakan tubuh badan dan aromanya akan memberikan kesan positif dan membangkitkan kepada minda.
- Semua orang pasti mempunyai jerawat. Namun, kadangkala ia boleh menyebabkan anda berasa malu atau tidak yakin. Hilangkan perasaan rendah diri itu dengan menjadikan minyak esensial Wintergreen sebagai rutin harian anda. Sapukan minyak esensial Wintergreen pada kulit anda untuk membantu mengurangkan penampakan jerawat dan membuatkan anda lebih selesa serta yakin dengan kulit yang anda miliki.
Fakta Menarik
Minyak Wintergreen ialah salah satu minyak esensial yang mempunyai pengeluaran paling terendah.
Penerangan Tumbuhan
Tumbuhan wintergreen iaitu Gaultheria fragrantissima yang mana doTERRA menggunakannya untuk minyak esensial dibesarkan dan dituai di kawasan yang berbukit-bukit di Nepal. Tumbuhan wintergreen ialah tumbuhan hijau yang dijumpai di kawasan yang berkonifer. Daun tumbuhan tersebut berwarna hijau dan mempunyai urat di tengah-tengah. Minyak Wintergreen doTERRA diekstrak daripada daun tumbuhan Wintergreen.
Kimia Minyak Wintergreen
Komponen Kimia Utama: Methyl salicylate
Komponen kimia utama minyak esensial Wintergreen ialah Methyl salicylate. Methyl salicylate ialah kimia organik yang dijumpai secara semulajadi di dalam hanya dua tumbuhan di dunia ini sahaja iaitu birch dan tumbuhan wintergreen. Kimia ini mengandungi ciri-ciri kelegaan dan pembaharuan. Methyl salicylate ialah sebahagian daripada kumpulan berfungsi ester. Sesetengah ester seperti minyak Witergreen, boleh disapu secara topikal untuk mengurangkan jerawat dan memberikan kelegaan serta kehangatan sensasi apabila digunakan secara topikal pada otot-otot.
Minyak yang Boleh Bercampur dengan Minyak Wintergreen
Langkah berjaga-jaga
Untuk kegunaan luar sahaja. Tidak digalakkan untuk kulit sensitif. Jauhi daripada kanak-kanak. Sekiranya anda mengandung, atau di bawah jaga doktor, sila dapatkan nasihat pakar. Elakkan terkena mata, dalaman telinga dan tempat-tempat sensitif.