Deskripsi Produk Minyak Roman Chamomile
Pada zaman Rom kuno, Roman Chamomile digunakan untuk membantu membuatkan askar-askar menjadi berani semasa perang. Semenjak itu, minyak esensial Roman Chamomile telah menjadi popular disebabkan harumannya yang manis dan menenangkan. Dengan haruman bunga dan komponen kimia yang unik yang dikenali kerana keupayaannya untuk menenangkan, minyak
esensial Roman Chamomile doTERRA adalah minyak esensial yang wajib terdapat dalam koleksi anda.
Kegunaan dan Kelebihan Roman Chamomile
- Keupayaan minyak esensial Roman Chamomile yang melegakan juga berguna untuk merawat kulit atau menawan rambut anda. Orang ramai biasanya menggunakan Roman Chamomile pada kulit dengan menambah satu hingga dua titis minyak ke dalam pelembap harian mereka. Dengan menggabungkan minyak esensial Roman Chamomile dalam regimen penjagaan kulit harian anda, ia dapat membantu anda memperoleh manfaat menenangkan dari Roman Chamomile, di samping menghasilkan kulit yang tampak muda. Jika anda ingin menggunakan minyak Roman Chamomile pada rambut, tambahkan beberapa titis ke dalam syampu atau perapi anda. Ia bukan sahaja dapat menghasilkan rambut yang sihat, malah ia juga akan meninggalkan bau segar dan haruman bunga pada rambut.
- Ini masa yang tepat untuk anda memanfaatkan kelebihan minyak esensial Roman Chamomile yang melegakan, menenangkan ketika waktu tidur. Sekiranya anda merasa amat letih disebabkan hari yang panjang dan penuh tekanan, sapukan minyak Roman Chamomile pada bahagian bawah kaki semasa rutin tidur anda. Aroma manis, herba minyak ini akan membantu anda bersiap untuk tidur. Anda juga boleh menyebarkan minyak ini di bilik tidur dengan menggunakan alat penyebar pilihan anda untuk membantu mewujudkan suasana yang menenangkan di penghujung hari yang panjang.
- Dengan menggunakan minyak esensial Roman Chamomile, ia bukan sahaja menenangkan minda, malah ia dapat membantu meredakan kemarahan dan kejengkelan pada hari yang ketika anda merasa gelisah atau mendapati diri anda sedang berada di dalam situasi yang tegang. Apabila anda berasa marah atau jengkel, sebar minyak esensial Roman Chamomile dalam alat penyebar pilihan anda, dan biarkan aroma menenangkan dan haruman bunga mengamankan anda. Jika anda tidak mempunyai masa untuk menyebarkan minyak semasa anda cuba untuk bertenang, anda juga boleh menuang satu hingga dua titis minyak ini pada tangan anda, gosok pada kedua tangan, dan hidu perlahan selama 30 saat. Ini membolehkan anda merasai kelebihan minyak esensial Roman Chamomile yang menenangkan apabila menghadapi situasi yang menghampakan atau menjengkelkan.
- Ketika menyebarkan minyak esensial Roman Chamomile, ia akan mewujudkan suasana yang damai, anda juga boleh menggunakan minyak ini secara topikal untuk sensasi yang menenangkan. Sekiranya anda ingin merasai malam yang damai di rumah, sapukan minyak esensial Roman Chamomile pada pergelangan tangan dan leher anda. Bagi mewujudkan perasaan sejahtera, sapukan minyak ini pada dada anda, dan di sekitar jantung. Apabila digunakan secara topikal, minyak esensial Roman Chamomile dapat membantu menenangkan jiwa, di samping meninggalkan aroma yang menyegarkan.
Fakta Menarik: Perkataan "chamomile" berasal dari perkataan Yunani chamaimelon, yang bermaksud “earth-apple” kerana bau tumbuhannya yang menyerupai epal.
Deskripsi Tumbuhan
Tumbuh berdekatan tanah, Roman Chamomile, juga dikenali sebagai Anthemis nobilis, yang dikenali sebagai "doktor tumbuhan" kerana keupayaannya memberi mempunyai kesan positif kepada tumbuh-tumbuhan sekitar yang tumbuh berhampirannya. Dengan daun hijau kekelabuan, bunga seumpama daisi, dan aroma manis yang menyerupai epal, Roman Chamomile menghasilkan minyak esensial yang unik. Minyak esensial diekstrak dari bunganya yang menyerupai bunga daisy, dan kepala bunganya sering dikeringkan untuk dibuat teh chamomile.
Bahan Kimia Minyak Roman Chamomile
Komponen Kimia Utama: 4-methylamyl angelate, isobutyl angelate, isoamyl tiglate
Pembentukan kimia minyak esensial Roman Chamomile menjadi penyumbang kepada ciri minyaknya yang menenangkan dan melegakan pada kulit apabila digunakan secara topikal, serta keupayaannya menenangkan minda apabila digunakan secara aromatik. Roman Chamomile mengandungi ester yang dikenali dengan cirinya yang menenangkan. Minyak-minyak esensial yang tinggi dengan ester adalah menenangkan, merehatkan, dan mempunyai kesan menstabilkan emosi apabila disebar. Ester yang terdapat di dalam Roman Chamomile dikenali kerana keupayaannya mengurangkan penampakan cacat cela apabila digunakan secara topikal.
Kombinasi Minyak yang Baik dengan Roman Chamomile
Amaran
Kemungkinan sensitiviti kulit. Jauhkan daripada kanak-kanak. Jika anda mengandung, menyusukan anak, atau di bawah jagaan doktor, berunding dengan doktor anda. Jauhi sentuhan pada mata, dalam telinga dan kawasan sensitif.