Deskripsi Produk Minyak Melissa
Dengan haruman lemon manis, tumbuhan Melissa, yang juga dikenali sebagai Melissa officinalis atau balsem lemon, adalah sumber herba minyak esensial Melissa. Minyak unik ini diekstrak dari daun tumbuhan Melissa dan dinilai tinggi oleh ramai kerana kepelbagaian penggunaan dan manfaatnya. Minyak esensial
Melissa mengandungi sifat menenangkan yang utuh. Apabila digunakan secara aromatik atau topikal, ia dapat membantu menimbulkan perasaan tenang dan dapat membantu melegakan tekanan dan saraf. Minyak Melissa juga dihargai kerana aromanya yang segar, manis, dan seakan sitrus.
Cara untuk Mendapatkan Minyak Melissa
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pembelian sebotol Melissa, lawati halaman produk minyak esensial Melissa.
Minyak-minyak esensial mengandungi banyak manfaat kesihatan yang dapat memperbaiki kehidupan dan membantu keperluan individu; walau bagaimanapun, untuk mendapatkan manfaat sepenuhnya yang ditawarkan setiap minyak esensial, suatu minyak esensial perlulah tulen. Malangnya, banyak minyak esensial yang sedia ada untuk dibeli adalah tidak tulen dan mengandungi bahan tercemar dan bahan tambahan yang mengurangkan keberkesanan suatu minyak esensial. Oleh sebab doTERRA telah dapat melihat kuasa dan kesan yang dimiliki minyak yang tulen terhadap individu dan keluarga, misi mereka adalah untuk menghasilkan minyak esensial yang berkualiti bergred tulen. Untuk memastikan keaslian minyak esensial ini, doTERRA meletakkan setiap kumpulan minyak mereka untuk melalui protokol
CPTG Certified Pure Therapeutic Grade®. Protokol ini terdiri daripada satu siri ujian ketat yang menilai ketulenan setiap kumpulan minyak. Jika minyak esensial telah diuji dan didapati tulen, minyak tersebut kemudiannya dijual supaya orang ramai di seluruh dunia dapat merasai kesan hebat minyak esensial tulen.
Kegunaan dan Kelebihan Minyak Melissa
Ketahui bagaimana anda boleh memanfaatkan kegunaan dan kelebihan minyak esensial Melissa yang pelbagai dalam rutin harian anda dengan petua-petua minyak esensial ini dan DIY.
- Dua daripada unsur kimia utama minyak esensial Melissa adalah geranial dan neral. Kedua-dua bahan kimia ini mengandungi sifat yang menenangkan menjadikan minyak esensial ini menjadi minyak yang sesuai untuk berehat. Untuk kerehatan optimum, gunakan minyak Melissa secara topikal atau letakkan beberapa titisan minyak Melissa ke dalam penyembur.
- Jangan biarkan rasa gemuruh merosakkan saat-saat penting anda. Sebelum ucapan, pembentangan, atau persembahan yang mendatangkan gemuruh, sapukan satu atau dua titis minyak esensial Melissa ke telapak tangan anda dan tekap tangan anda ke hidung dan tarik nafas. Minyak Melissa adalah sangat baik untuk mengurangkan ketegangan dan gemuruh dan akan terbukti menjadi alat pertolongan yang berkuasa ketika saat-saat cemas.
- Berikan kulit anda rangsangan yang menyegarkan dengan menggunakan minyak esensial Melissa. Tambahkan minyak Melissa ke dalam pelembap anda atau botol semburan yang mengandungi air dan semburkan pada muka anda. Penambahan minyak esensial yang mudah ini akan memberikan kulit anda rasa segar dan akan membantu menyegarkan semula minda.
- Selepas seharian, benarkan minda dan badan anda bersantai dan berehat dengan sedikit bantuan daripada minyak esensial Melissa. Untuk kesan yang melegakan, sapukan minyak Melissa ke dahi, bahu, atau dada anda. Dengan menggunakan minyak esensial Melissa, ia akan membantu mengurangkan tekanan dan menggalakkan kesejahteraan emosi.
- Salah satu daripada perkara yang paling penting yang boleh anda lakukan untuk memastikan kesihatan tubuh badan ialah dengan mendapatkan tidur malam yang cukup. Selain nutrisi, tidur adalah bahan tenaga yang memberi tubuh anda kekuatan untuk bekerja dan bermain. Untuk membantu mewujudkan suasana menenangkan yang menggalakkan tidur malam yang nyenyak, semburkan minyak Melissa di dalam penyembur anda sebelum tidur.
Fakta menarik
Melissa adalah perkataan Yunani yang bermaksud "lebah madu," dan harumannya yang manis, bersitrus diketahui boleh menarik lebah-lebah.
Deskripsi Tumbuhan
Tumbuhan Melissa, Melissa officinalis, adalah sejenis herba yang biasa dikenali sebagai balsem lemon. Tumbuhan ini berukuran antara satu setengah hingga dua kaki tinggi. Daun hijau pertengahan tumbuhan ini berkedut dan berbentuk bujur. Daun tumbuhan ini boleh dimakan. Ketika musim panas, akan terdapat bunga-bunga kecil putih di tepi daun1. Minyak esensial Melissa doTERRA diekstrak daripada daun tumbuhan ini.
Bahan Kimia Minyak Melissa
Komponen Kimia utama: Geranial, germacrena, neral, β-caryophyllene
Dua komponen kimia utama minyak Melissa adalah geranial dan neral. Kedua-dua unsur kimia ini mempunyai tulang belakang monoterpene dan merupakan sebahagian daripada kumpulan fungsi aldehid. Kedua geranial dan neral mengandungi sifat-sifat menenangkan yang banyak menyumbang kepada kebolehan menenangkan minyak esensial Melissa.
Kombinasi Minyak yang Baik dengan Minyak Melissa
Amaran
Kemungkinan sensitiviti kulit. Jauhkan daripada kanak-kanak. Jika anda mengandung, menyusukan anak, atau di bawah jagaan doktor, sila berunding dengan doktor anda. Jauhi sentuhan pada mata, dalam telinga dan kawasan sensitif.