Deskripsi Produk Minyak Majoram
Minyak Marjoram mempunyai aroma yang hangat, berbau herba, dan berkayu serta membantu membangkitkan suasana yang menenangkan.
Cara untuk mendapatkan Minyak Marjoram
Untuk membeli sebotol minyak Marjoram yang tulen, lawati laman produk minyak esensial
Marjoram.
Minyak esensial adalah hebat dan berkesan apabila ianya tulen. Jika tidak tulen, kegunaan dan manfaat serta keberkesanan minyak esensial akan berkurangan. Untuk memastikan minyak ini berkesan dan tulen, doTERRA meletakkan setiap kumpulan minyak esensial melalui protokol
CPTG Certified Pure Therapeutic Grade® . Protokol ini merangkumi pelbagai ujian ketat untuk menilai ketulenan setiap kumpulan minyak. Sekiranya minyak itu didapati tulen, ia akan dipasarkan supaya semua orang di seluruh dunia dapat menikmati keberkesanan dan merasai perubahan positif dalam kehidupan.
Kegunaan dan Kelebihan Minyak Marjoram
- Ketika anda bekerja dan menjalankan projek-projek yang panjang dan sukar, sapukan minyak esensial Marjoram di bahagian belakang leher anda untuk mengurangkan perasaan tekanan. Minyak Marjoram memiliki sifat yang menenangkan yang membantu melegakan emosi anda ketika dalam keadaan tertekan. Menggunakan minyak esensial Marjoram secara topikal boleh menenangkan perasaan anda ketika menjalani tugas-tugas yang sukar atau berat.
- Sistem kardiovaskular merupakan salah satu bahagian paling penting dalam tubuh badan - jantung. Kerana kepentingannya untuk memastikan badan sentiasa berfungsi, maka adalah penting untuk menjaga sistem kardiovaskular badan anda. Minyak Marjoram dapat menyihatkan sistem kardiovaskular, yang membantu memberikan badan anda kekuatan penting yang diperlukan.
- Sifat minyak Marjoram yang menenangkan akan membantu meredakan anak anda, serta membantunya untuk berehat dengan mudah dan aman.
- Untuk memberi kelegaan kepada otot anda, sapukan minyak esensial Marjoram pada kawasan kulit yang dikehendaki sebelum dan selepas bersenam. Marjoram juga minyak yang sempurna untuk ditambahkan ke dalam campuran untuk urutan yang melegakan terutama pada otot yang letih dan tertekan.
Fakta Menarik
Di Jerman, ramuan marjoram dikenali sebagai “Herba Angsa” kerana digunakan secara tradisional untuk memanggang angsa.
Deskripsi Tumbuhan
Tumbuhan marjoram, Origanum majorana, adalah sejenis tumbuhan herba perennial yang terdiri daripada ahli keluarga Lamiaceae. Tumbuhan ini boleh membesar sehingga satu ke dua kaki tinggi dan merebak dengan jarak yang sama. Tumbuhan ini mempunyai daun yang harum, berbentuk bujur, dan berwarna kelabu-hijau. Bunga kecil berbentuk tubular yang berwarna putih atau merah jambu pucat di dalam kelompok. Minyak esensial doTERRA Marjoram diekstrak dari daun tumbuhan tersebut.
Bahan Kimia Minyak Marjoram
Komponen Kimia utama: Terpinen-4-ol, sabinene hidrat, γ-terpinene
Komponen utama minyak Marjoram adalah Terpinen-4-ol. Terpinen-4-ol mempunyai tulang belakang monoterpene dan merupakan sebahagian daripada kumpulan fungsi alkohol. Terpinene-4-ol mengandungi sifat toning yang menyumbang kepada sifat-sifat toning keseluruhan minyak esensial Marjoram.
Kombinasi Minyak yang Baik dengan minyak Marjoram
Amaran
Kemungkinan sensitiviti kulit. Jauhkan daripada kanak-kanak. Jika anda mengandung, menyusukan anak, atau di bawah jagaan doktor, berunding dengan doktor anda. Jauhi sentuhan pada mata, dalam telinga dan kawasan sensitif.