Produk Tumpuan: Minyak Lemongrass

Essential Oil Spotlight


Deskripsi Produk Minyak Lemongrass 

Ditanam oleh keluarga petani di Selatan India, lemongrass atau serai menghasilkan minyak esensial yang berasap, bersitrus yang menawarkan pelbagai manfaat kepada pengguna. Selama bertahun-tahun, serai sudah digunakan dalam masakan orang Asia untuk dibuat sup, teh, kari, dan makanan laut. Dengan aroma yang kuat, minyak esensial Lemongrass menjadi pilihan untuk berurut, yang menawarkan manfaat pembersihan pada kulit, dan memberikan penampilan luaran yang positif. 
 
Cara untuk Mendapatkan Minyak Lemongrass 

Jika anda bersedia untuk menambah minyak Lemongrass ke dalam koleksi minyak esensial anda, lawati halaman minyak Lemongrass kami untuk mengetahui cara pembelian. Setiap minyak esensial doTERRA akan melalui ujian ketat menggunakan kaedah CPTG Certified Pure Therapeutic Grade®, untuk memastikan ketulenan dan kualiti setiap botol minyak. Jika anda mencari minyak esensial Lemongrass yang berkualiti tinggi dan berkesan, doTERRA mampu menghasilkan minyak yang menyegarkan dan tulen yang dihasilkan di bawah penjagaan teliti. 
 
Kegunaan dan Kelebihan Minyak Lemongrass 

  1. Salah satu cara untuk menikmati manfaat minyak esensial Lemongrass ialah dengan menyebarkan minyak ini dalam alat penyebar anda di rumah. Jika anda ingin mengatasi perasaan gugup, atau meredakan keletihan mental, cuba sebarkan Minyak Lemongrass. Dengan menyebar minyak esensial Lemongrass, ia dapat membantu merangsang pandangan positif dan meningkatkan fokus anda. Manfaat lain menyebarkan Lemongrass adalah aroma herba yang terkandung di dalam minyak ini yang memberi kesan yang menyegarkan. Sekiranya anda ingin merasai manfaat aromatik minyak esensial Lemongrass akan tetapi tidak mempunyai masa untuk menyebarkannya, letakkan satu titis di telapak tangan anda, gosok kedua-dua tangan anda, dan hidu perlahan sehingga 30 saat atau lebih mengikut kehendak anda. 
     
  2. Aldehydes yang terdapat dalam minyak esensial Lemongrass juga berguna untuk menghalau serangga secara semulajadi. Menggunakan Minyak Lemongrass secara sebaran atau bahkan secara topikal dapat membantu menghalau serangga. Sebarkan minyak esensial Lemongrass di dalam atau di luar anjung atau teres rumah anda untuk mencegah nyamuk dan serangga. Jika anda risau dengan gigitan atau sengatan serangga, sapu atau semburkan Minyak Lemongrass pada kulit anda sebelum keluar rumah. 
     
  3. Oleh kerana Lemongrass merupakan sejenis minyak yang melegakan, ia biasanya digunakan untuk urutan. Aroma segar yang digabung dengan sifat-sifatnya yang melegakan menjadikan ia pilihan utama untuk terapi urut. Ia juga mempunyai manfaat pembersihan pada kulit, menjadikannya minyak yang sangat diingini ketika sesi urutan. Jika anda menggunakan Minyak Lemongrass untuk mengurut, larutkannya dengan carrier oil seperti doTERRA Fractionated Coconut Oil. Sapukan larutan minyak pada otot dan sendi untuk sensasi melegakan sekaligus memberi ketenangan. 
     
  4. Ciri-ciri menyegarkan Minyak Lemongrass juga menjadikannya berguna pada tubuh selepas melakukan aktiviti fizikal. Sapukan minyak esensial Lemongrass secara topikal di bahagian yang dikehendaki selepas membuat senaman lasak untuk mendapatkan kesan melegakan dari minyak ini. Selain itu, anda boleh melarutkan dan menyapu Lemongrass selepas berlari jauh untuk rasa yang menyegarkan. Tidak kira apa jenis senaman yang anda lakukan, Minyak Lemongrass dapat membantu melegakan badan selepas melakukan aktiviti fizikal. 
     
  5. Lemongrass mengandungi manfaat pembersihan dan menjaga tona kulit, dan boleh digunakan untuk rutin penjagaan kulit anda bagi membantu mendapatkan kulit yang bersih dan bertona cantik. Tambahkan beberapa titisan minyak esensial Lemongrass ke dalam pembersih harian anda atau pelembap untuk menjaga tona dan membersihkan kulit. Sama seperti Tea Tree, Minyak Lemongrass juga dapat menghasilkan penampilan kuku tangan dan kaki yang sihat. Untuk merasai manfaat Lemongrass, gabungkan ia dengan minyak esensial Tea Tree dan sapu campuran tersebut pada kuku tangan dan kuku kaki untuk menjadikannya kelihatan cantik dan bersih. 
Deskripsi Tumbuhan 
 
Tumbuhan serai malar hijau ini, juga dikenali sebagai Cymbopogon flexuosus, ia merupakan tumbuhan yang tinggi dan tahan lama yang berasal dari India dan negara-negara sekitarnya. Serai mempunyai daun yang panjang, beraroma yang dipotong dan diproses melalui penyulingan wap untuk menghasilkan minyak esensial Lemongrass. Tumbuhan serai sering digunakan untuk mengekstrak minyak esensial untuk dicampurkan dalam minyak wangi, deterjen, sabun, dan sebagainya.   
 
Bahan Kimia Minyak Lemongrass  
Komponen Kimia Utama: Geranial, neral 
 
Bahan kimia minyak esensial Lemongrass mengandungi unsur geranial dan neral, yang mana merupakan aldehydes. Biasanya, aldehyde terkenal dengan aromanya yang sangat berpotensi, yang terbukti dalam penghasilan minyak Lemongrass ini. Aldehyde juga boleh mengurangkan tekanan apabila disebarkan. Geranial dan neral juga dikenali sebagai penenang aldehydes; oleh sebab itu, Lemongrass dan Minyak Melissa adalah merupakan minyak yang menenangkan kerana keduanya mempunyai persamaan dalam struktur kimia. 
  
Sumber 
 
Penuaian serai merupakan proses yang memerlukan tenaga kerja intensif, tetapi bagi keluarga di Selatan India, ia sudah menjadi satu cara hidup mereka selama beberapa generasi. doTERRA memilih Selatan India sebagai lokasi sumber kerana paras hujan yang tinggi di kawasan ini. Semakin tinggi paras hujan, semakin tinggi kandungan citral yang terdapat di dalam serai, yang menjadikannya ideal untuk kegunaan minyak esensial. 
 
Semasa musim menuai, para petani akan mendaki sejauh lima batu di atas gunung yang curam dan bekerja selama tujuh hari untuk menuai ladang seluas 100 hektar. Serai dituai dengan tangan, menggunakan sabit—yang membuatkan proses penuaian begitu memerlukan kerja secara fizikal. Apabila serai dituai dan dikumpulkan, petani akan berjalan turun sejauh lima batu pula ke bawah gunung, dengan masing-masing membawa satu berkas serai di atas kepala. 
 
Selepas serai dituai, ia akan melalui proses penyulingan wap. Setelah disuling, minyak mentah akan diberikan kepada pengilang yang akan memproses Minyak Lemongrass. Ketika minyak berada di tangan pengilang, ia akan melalui beberapa peringkat penapisan dan pengadunan. Minyak ini kemudian akan melalui satu siri ujian sebelum ia layak untuk dieksport—minyak ini mestilah dari kualiti terbaik sebelum ia lulus untuk diedarkan. Walaupun proses penuaian dan penghasilan minyak Lemongrass memerlukan tenaga kerja yang keras dan penelitian, proses ini sepadan dengan piawaian tinggi yang dimiliki doTERRA untuk menghasilkan minyak-minyak esensial yang berkualiti. 

Video disabled by your privacy settings

 

Kombinasi Minyak yang Baik dengan Minyak Lemongrass 
Disebabkan minyak Lemongrass mengandungi cebisan sitrus halus; aroma yang kuat, berasap; dan bau herba yang menyegarkan, ia menghasilkan kombinasi yang baik untuk dicampurkan dengan pelbagai minyak yang punya ciri yang sama. Campurkan minyak Lemongrass dengan bauan herba Basil, aroma segar Spearmint, atau haruman hangat dan pedas minyak Cardamom
 

Amaran 
Kemungkinan sensitiviti kulit. Jauhkan daripada kanak-kanak. Jika anda mengandung, menyusukan anak, atau di bawah jagaan doktor, berunding dengan doktor anda. Jauhi sentuhan pada mata, dalam telinga dan kawasan sensitif. 

There are no customer reviews yet.

Purata Penilaian Penilaian / Komen

Bagaimana anda menilai siaran ini?

dōTERRA mengalu-alukan komen anda yang bernas!

Komen terhad kepada 200 aksara, perlu diperiksa untuk kelulusan, dan disiarkan apabila lulus.

200 characters remaining

Pilih Benua Anda

Pilih Wilayah Anda

Pilih Lokasi Anda

Pilih Bahasa Anda