Produk Tumpuan: Minyak Lemon


Minyak Lemon

Penerangan Produk

Sebagai salah satu minyak terlaris doTERRA, minyak Lemon mempunyai pelbagai kegunaan dan kebaikan. Dengan aroma sitrus yang bersih dan segar, Lemon terkenal dengan sifat pembersihannya. Ia sering digunakan dalam produk pencuci dan pembersih udara, Lemon mempunyai ciri pembersihan dan penghilang bau yang menjadikannya pilihan yang terkenal untuk membersih permukaan dan udara.

Di Mana untuk Membeli Minyak Lemon

Apabila anda membeli minyak esensial, adalah penting untuk anda menerima minyak yang berkualiti, tulen dan berkuasa. Jika anda mencari minyak esensial Lemon tulen, lawati halaman Lemon kami untuk melihat bagaimana anda boleh memilikinya pada hari ini. Di doTERRA, kami menggunakan ujian CPTG Certified Pure Therapeutic Grade® untuk memastikan setiap botol adalah minyak paling tulen.

Penggunaan dan Kebaikan Minyak Lemon

Mencari cara baharu untuk menggunakan minyak Lemon? Berikut merupakan beberapa penggunaan topikal dan aromatik minyak Lemon, berserta kebaikan minyak Lemon untuk membantu anda bermula.:

1. Sama ada anda minat dengan basikal, kereta, atau projek di garaj, anda tahu betapa sukarnya untuk menghilangkan minyak hitam pada tangan anda. Berikan sabun anda sedikit daya pembersih tambahan dengan menambahkan beberapa titik minyak Lemon pada campuran sabun anda, dan gosok tangan anda dengan baik.

2. Minyak Lemon dapat membantu pengelupasan kulit anda. Apabila dimasukkan dalam rutin penjagaan kulit anda, minyak Lemon dapat membantu menjadikan kulit anda kelihatan segar dan sihat. Untuk membuat scrub pengelupasan buatan sendiri, campur 4–5 titik minyak esensial doTERRA Lemon dengan sedikit oat dan air. Semasa anda menggunakan scrub oat Lemon pada kulit anda, anda akan dapat mengalami sifat pembersih dan penyegar minyak Lemon yang berfungsi untuk mengelupas dan membersihkan kulit anda.

3. Semasa disebar, minyak Lemon memberi persekitaran yang menggembirakan dan meningkatkan mood yang positif. Oleh sebab sifat kimia minyak ini, ia telah terbukti dapat membantu meningkatkan mood dengan aroma yang segar dan bertenaga. Sekiranya anda ingin menyebarkan minyak Lemon, gunakan tiga hingga empat titik dalam penyebar minyak esensial pilihan anda.

4. Kualiti pembersihan dan pemeliharaan Lemon menjadikannya minyak yang sempurna untuk menjaga perabot anda. Dengan menambah beberapa titik minyak Lemon pada minyak zaitun, anda boleh membuat penggilap perabot yang tidak beracun sendiri di rumah. Apabila digunakan pada perabot, minyak Lemon meninggalkan kilauan yang bersih, mencegah kemasan kayu yang halus daripada kering, dan dapat menggantikan kelembapan yang hilang pada kayu antic kerana ia menembusi kemasan kayu yang haus.

5. Minyak lemon adalah penyelesaian yang baik untuk peringkat awal hakisan pada barangan perak dan logam lain. Anda tidak perlu membuang perhiasan, barang kemas perak, atau barang keperluan rumah lain yang sudah mulai terhakis - letakkan beberapa titik minyak Lemon pada bebola kapas, dan sapu pada bahagian tersebut untuk mengembalikan keindahan semula jadi logam anda.

6. Manfaat utama minyak esensial Lemon adalah sifat pembersih yang menjadikannya komponen yang sempurna untuk agen pencuci buatan sendiri. Sekiranya anda bimbang dengan kotoran, minyak esensial Lemon adalah penyelesaian terbaik untuk membersihkan permukaan bilik mandi dan dapur anda.

7. Kotoran degil dan sukar ditanggal sangat menjengkelkan tetapi dengan bantuan minyak esensial Lemon, anda dapat menyingkirkan kotoran tersebut dengan mudah tanpa menyental selama berjam-jam atau penggunaan bahan kimia beracun.


There are no customer reviews yet.

Purata Penilaian Penilaian / Komen

Bagaimana anda menilai siaran ini?

dōTERRA mengalu-alukan komen anda yang bernas!

Komen terhad kepada 200 aksara, perlu diperiksa untuk kelulusan, dan disiarkan apabila lulus.

200 characters remaining

Pilih Benua Anda

Pilih Wilayah Anda

Pilih Lokasi Anda

Pilih Bahasa Anda