Produk Tumpuan: Minyak Lavender


Minyak Lavender

Penerangan Produk

Lavender telah digunakan selama berabad-abad untuk aromanya yang unik dan pelbagai kegunaan. Pada zaman purba, orang Mesir dan Rom menggunakan Lavender untuk wangian, mandian dan juga dalam masakan. Sejak itu, ramai telah mengetahui pelbagai kebaikan yang dimiliki oleh Lavender sama ada menggunakan minyak Lavender secara topikal untuk kulit dan banyak lagi. Sifat serba boleh yang dimiliki oleh Lavender menjadikannya minyak kegemaran doTERRA, dan minyak yang wajib dimiliki dalam tangan sepanjang masa.

Di Mana untuk Membeli Minyak Lavender

Jika anda bersedia untuk memiliki minyak Lavender, lawati halaman Minyak Lavender kami. Terdapat pelbagai cara untuk mendapatkan sumber, menuai dan menghasilkan produk bagi minyak esensial. doTERRA percaya pada sumber yang bertanggungjawab, dan kecekapan semasa penuaian dan penghasilan produk untuk menghasilkan minyak Lavender yang berkualiti tinggi.

Penggunaan dan Kebaikan Minyak Lavender

Mari lihat beberapa penggunaan topikal dan aromatik minyak esensial Lavender berserta dengan beberapa kebaikan minyak ini:

1. Sama ada anda cuba menenangkan kerengsaan kulit atau untuk menyuburkan kulit, terdapat banyak kegunaan minyak esensial Lavender pada kulit. Sifat menenangkan Lavender menjadikannya pilihan yang terkenal untuk produk penjagaan kulit, perawatan kulit buatan sendiri di rumah, dan aplikasi topikal yang mudah.

2. Adakah anda mempunyai potpouri yang telah hilang kewangiannya? Jangan buang! Anda boleh menggunakan aroma minyak esensial Lavender yang menakjubkan dengan menambah beberapa titik ke dalam campuran potpouri untuk menyegarkannya kembali.

3. Adakah tangan anda selalu mengalami kulit kering dan kutikel yang kelihatan tidak sihat? Membuat krim kutikel buatan sendiri dengan minyak esensial Lavender adalah kaedah terbaik untuk mengembalikan kelembapan dan penampilan yang sihat pada kuku anda.

4. Satu faedah aromatik yang terkenal dengan minyak Lavender adalah kemampuannya untuk menghasilkan suasana santai yang membawa kepada tidur malam yang nyenyak. Sifat minyak yang menenang membantu mewujudkan persekitaran santai yang optimum untuk berehat dan tidur lena. Tambah beberapa titik Lavender pada bantal atau tempat tidur anda supaya anda dapat menghidu aromanya ketika anda sedang tidur. Anda juga boleh menyapu minyak Lavender pada tapak kaki sebagai sebahagian daripada ritual tidur yang santai.

5. Pendedahan pada sinar matahari adalah baik, tetapi terlalu banyak boleh menyebabkan kerengsaan kulit. Syukurlah, minyak Lavender mempunyai banyak sifat menenang yang sangat sesuai untuk menenangkan kerengsaan kulit.

6. Campurkan minyak Lavender dengan air dalam botol penyembur untuk penyelesaian segera terhadap bau yang tidak diingini yang mungkin mengganggu kediaman atau barang anda. Semburkan sedikit daripada botol penyembur Lavender pada kereta, almari linen, tilam, atau kawasan lain yang memerlukan penyegar.

7. Orang Rom dan Mesir purba sering menggunakan minyak Lavender secara aromatik untuk tujuan bersantai, dan anda juga boleh menggunakannya. Semua kerisauan anda akan hilang apabila anda berendam dalam mandian minyak Lavender yang menenangkan. Tambah beberapa titik Lavender pada air mandian atau sabun mandi anda untuk mendapat faedah aroma yang santai dan tenang ini. Anda juga boleh menggunakan Lavender pada pelipis dan belakang leher anda untuk menikmati aroma yang menenangkan dan membantu menghilangkan rasa tertekan atau ketegangan. Sama ada diaplikasikan secara topikal, atau ditambah pada air mandian, minyak Lavender adalah penyelesaian yang tepat untuk anda yang ingin bersantai selepas hari yang panjang.

 

Tonton video ini untuk mempelajari dengan lebih lanjut penggunaan dan kebaikan minyak esensial Lavender:

Video disabled by your privacy settings


There are no customer reviews yet.

Purata Penilaian Penilaian / Komen

Bagaimana anda menilai siaran ini?

dōTERRA mengalu-alukan komen anda yang bernas!

Komen terhad kepada 200 aksara, perlu diperiksa untuk kelulusan, dan disiarkan apabila lulus.

200 characters remaining

Pilih Benua Anda

Pilih Wilayah Anda

Pilih Lokasi Anda

Pilih Bahasa Anda