Produk Tumpuan: Minyak Helichrysum


Deskripsi Produk Minyak Helichrysum 
 
Dikenali oleh sesetengah orang sebagai Bunga Kekal atau Abadi, tumbuhan Helichrysum menawarkan beberapa manfaat kepada kulit. Dengan kesan meremajakan dan memulihkan, minyak esensial Helichrysum doTERRA mempunyai banyak kegunaan, termasuklah mengurangkan penampakan cacat cela dan kedutan, dan memberikan sensasi menenangkan untuk kulit. Selalunya digunakan dalam produk anti-penuaan, minyak Helichrysum terkenal kerana memiliki manfaat yang tidak berpenghujung bagi memperbaiki kulit. 
 
Cara untuk Mendapatkan Minyak Helichrysum 
 
Anda bersedia untuk membeli minyak Helichrysum anda sendiri? Lawati halaman minyak esensial Helichrysum doTERRA, dan buatlah pembelian hari ini. doTERRA memastikan kualiti setiap botol minyak melalui pemilihan tumbuhan, penanaman, penyulingan, dan beberapa siri ujian CPTG®. Apabila anda membeli minyak esensial dari doTERRA, anda akan berpuas hati apabila mengetahui potensi dan keberkesanan minyaknya yang dipelihara dan dilindungi—memberikan anda produk dengan kualiti yang terbaik. 
 
Kegunaan dan Kelebihan Helichrysum 
 
  1. Helichrysum mempunyai banyak manfaat untuk kulit. Dengan reputasi begini, Helichrysum digunakan dalam banyak produk anti-penuaan, dan boleh membantu merawat kawasan penuaan. Jika anda ingin menikmati manfaat minyak esensial Helichrysum dalam rutin penjagaan kulit anti-penuaan anda, sapukan minyak ini ke wajah anda setiap hari untuk mensasarkan garis halus dan kedutan. Minyak Helichrysum boleh digunakan untuk membantu meningkatkan pertumbuhan sel kulit dan menggalakkan kulit yang sihat dan muda berseri. Sama sahaja jika anda menyapu minyak ini secara terus ke muka atau menambahkannya ke dalam pembersih muka kegemaran anda, ia boleh membantu menyerlahkan kulit muka anda seperti yang diperlukan. 
     
  2. Disebabkan manfaatnya yang menakjubkan, ramai orang menggunakan minyak Helichrysum pada kulit-terutamanya ketika bercukur. Dengan manfaat melegakan dan meremajakan, minyak esensial Helichrysum adalah kunci kepada keberkesanan Razor Relief Serum yang membuatkan kulit anda berasa segar dan bersih sesudah bercukur. Digabungkan dengan beberapa minyak esensial terbaik untuk kulit,  Frankincense, Lavender, Tea Tree, dan Myrrh, Minyak Helichrysum berfungsi untuk melegakan lebam cukur dan kerengsaan lain yang dialami selepas bercukur. 
     
  3. Disebabkan pembentukan kimianya, minyak esensial Helichrysum diketahui mempunyai ciri menenangkan dan melegakan. Kehadiran komponen kimia yang dipanggil ester menyumbang kepada ciri minyak Helichrysum yang menenangkan—menjadikannya minyak yang bagus untuk menghasilkan sensasi yang melegakan. Apabila badan anda memerlukan sedikit kelegaan, urut minyak esensial Helichrysum di bahagian belakang leher untuk sensasi yang melegakan. 
     
  4. Di samping terkenal kerana keupayaannya yang boleh membantu untuk anti-penuaan, minyak ini juga mempunyai pelbagai manfaat untuk kulit. Sekiranya anda ingin menangani jerawat dan mendapatkan kulit yang menyerlah, minyak esensial Helichrysum adalah pilihan yang terbaik bagi memperbaiki penampilan kulit. Perlu diingat, apabila menyapu sebarang minyak esensial secara terus pada kulit, cuba lihat kekuatan dan potensi minyak ini, serta sensitiviti kulit anda. Untuk mengelakkan kerengsaan kulit, cuba larutkan dengan doTERRA Fractionated Coconut Oil sebelum memakainya pada muka atau badan. 
     
  5. Sekiranya anda inginkan urutan yang memberi tenaga, minyak esensial Helichrysum boleh digunakan untuk meningkatkan kecergasan. Cuba gunakan minyak Helichrysum untuk urutan seluruh badan bagi memberikan sensasi melegakan, berserta aroma herba, yang memberi tenaga. Apabila menggunakan minyak Helichrysum atau minyak esensial lain untuk urutan, cuba gunakan carrier oil seperti  doTERRA Fractionated Coconut Oil  atau doTERRA Hand and Body Lotion untuk mendapatkan pengalaman mengurut yang licin, lembut dan selamat. 
     
  6. Kegunaan lain minyak Helichrysum untuk kulit adalah pada hari-hari anda menghabiskan terlalu banyak masa di bawah sinar matahari. Sama ada anda berada terlalu lama di dalam kolam renang, atau aktiviti pendakian yang lebih panas daripada yang dijangkakan, minyak esensial Helichrysum boleh digunakan sebagai pelega sinar matahari untuk meredakan kerengsaan kulit. Bawa sebotol Helichrysum di tangan untuk digunakan semasa berjalan jauh terutamanya ketika hari yang bercahaya dan panas terik, untuk mengelakkan pendedahan terlalu banyak kepada cahaya matahari. 
     
  7. Cuba tambahkan minyak Helichrysum dalam alat solek perkahwinan anda sekiranya dikhuatiri terdapat sebarang cacat cela pada wajah. Anda pastinya tidak mahu gambar cantik atau majlis meriah anda dirosakkan oleh kulit yang tidak sempurna, oleh itu pastikan minyak Helichrysum sentiasa bersama anda dan segeralah memakainya jika anda terlihat sebarang kerengsaan kulit atau cacat cela. Apabila anda inginkan kulit kelihatan cantik, Helichrysum sentiasa ada untuk menyelamatkan hari anda! 
 
Fakta Menarik: Helichrysum mendapat namanya dari perkataan yunani helios, yang bermaksud matahari, dan chrysos, yang bermaksud emas. Ini merujuk kepada bunganya yang cantik berwarna keemasan. 
 
Deskripsi Tumbuhan 
 
Herba yang tahan lama, Helichrysum italicum mengeluarkan bunga berwarna kuning keemasan yang digunakan dalam amalan kesihatan herba sejak zaman purba di Yunani. Bunga keemasan dari pohon semak kecil ini digunakan untuk menghasilkan minyak esensial Helichrysum, melalui proses penyulingan wap. Disebabkan manfaat Helichrysum yang menakjubkan pada kulit, ia dikenali sebagai Bunga Kekal atau Abadi. 
 
Bahan Kimia Minyak Helichrysum  
Komponen Kimia utama: Neryl asetat, alpha pinene, y-curcumene 
 
Disebakan pembentukan kimianya, minyak Helichrysum dicirikan sebagai minyak esensial yang memperbaharui. Ia mempunyai kualiti kimia yang sama dengan minyak yang memperbaharui lain seperti Arborvitae, Frankincense, Eucalyptus, dan Wintergreen. Minyak Helichrysum yang  terdiri daripada kumpulan kimia yang dikenali sebagai  ester, yang umumnya diketahui dapat menenangkan, merehatkan, dan menyeimbangkan emosi. Esters juga boleh membantu mengurangkan penampakan cacat cela apabila digunakan secara topikal. Neryl acetate, adalah ester yang merupakan asas kimia utama minyak esensial Helichrysum, yang digunakan dalam pembuatan minyak wangi untuk menyelitkan aroma bungaan dan buah-buahan. 
 
Kombinasi minyak yang Baik dengan Minyak Helichrysum 
 
Apabila menggunakan Helichrysum dalam rutin penjagaan kulit anda, perlu diingat bahawa ia sangat serasi di campur dengan minyak esensial lain yang baik untuk kulit seperti Tea Tree, Myrrh, Frankincense, dan Lavender.  
 
Amaran 
Kemungkinan sensitiviti kulit. Jauhkan daripada kanak-kanak. Jika anda mengandung, menyusukan anak, atau di bawah jagaan doktor, berunding dengan doktor anda. Jauhi sentuhan pada mata, dalam telinga dan kawasan sensitif.  

There are no customer reviews yet.

Purata Penilaian Penilaian / Komen

Bagaimana anda menilai siaran ini?

dōTERRA mengalu-alukan komen anda yang bernas!

Komen terhad kepada 200 aksara, perlu diperiksa untuk kelulusan, dan disiarkan apabila lulus.

200 characters remaining

Pilih Benua Anda

Pilih Wilayah Anda

Pilih Lokasi Anda

Pilih Bahasa Anda