Kebaikan Gua Sha dan Yarrow|Pom


Gua Sha (disebut “gwa shah”) ialah sejenis teknik urutan Cina yang lama. Secara asas, gua sha melibatkan penggunaan alat urutan yang rata dan licin untuk mengikis permukaan badan anda. Cara pelaksanaan teknik ini bergantung kepada kebaikan dan pengalaman urutan yang anda inginkan.

 

Gua Sha untuk Seluruh Badan

Secara tradisinya, gua sha dilakukan pada bahagian badan yang mempunyai permukaan luas seperti belakang, pinggul, lengan, kaki dan leher. Walaupun tidak disyorkan, gua sha juga pernah dilakukan sehingga mengakibatkan kerosakan kulit. Gua sha harus dilakukan dengan sederhana kuat. Ia adalah biasa jika ia menyebabkan kemerahan sementara pada kulit kerana pergerakan mengikis atau mengusap adalah untuk meningkatkan aliran darah kepada kulit.

 

Gua Sha untuk Muka

Baru-baru ini, sejenis teknik gua sha muka telah menjadi sangat popular di dalam industri kecantikan semula jadi! Untuk teknik ini, batu gua sha yang biasanya diperbuat daripada kuarza atau jed – Mengusap pada kulit muka dengan lembut dalam pergerakan rata dan licin. Apabila melakukan gua sha pada muka, gunakan tekanan yang ringan dan lembut. Ia seharusnya tidak mengakibatkan kemerahan pada kulit, tetapi ia dilakukan untuk menegangkan dan melicinkan kulit secara semula jadi. Teknik ini boleh mengurangkan penampilan garis halus dan kedutan, di samping menegangkan dan pengetonan bentuk muka.

 

Yarrow|Pom untuk Gua Sha

Sebelum melakukan gua sha, anda perlu menggunakan sejenis minyak atau serum supaya alat gua sha anda dapat mengusap kulit dengan mudah dan selesa. Yarrow|Pom yang biru ini merupakan pilihan ideal untuk gua sha muka. Kombinasi minyak esensial yarrow dan minyak biji buah delima perahan sejuk ini amat berguna, Yarrow|Pom dapat menyuburkan dan menenangkan kulit. Minyak esensial yarrow dapat mencergaskan kulit dan menggalakkan penampilan kulit yang muda dan sihat, di samping itu, minyak biji buah delima adalah kaya dengan asid punisic yang boleh memberikan perlindungan kepada kulit. Yarrow|Pom merupakan serum minyak yang agak likat yang memerlukan masa yang panjang untuk diserap ke dalam kulit, ia dapat mempermudahkan pengusapan batu gua sha dalam melakukan teknik ini. Yarrow|Pom boleh membantu mengurangkan penampilan kecelaan kulit dan menjadikan kulit anda berseri!

 

Yarrow|Pom Body Renewal Serum dan Gua Sha

Bagi gua sha badan, Yarrow|Pom Body Renewal Serum amat sempurna. Selain daripada minyak esensial yarrow dan minyak biji buah delima (dan kebaikan bahan-bahan ini), serum ini juga mengandungi minyak jojoba, minyak biji bunga matahari, minyak avokado, minyak biji anggur, minyak argan, ekstrak biji kopi, ester buah delima, serta Roman Chamomile, Yuzu, Peppermint dan Cananga. Serum ini boleh melembapkan dan menyegarkan kulit.

 

Koleksi Kecantikan Gua Sha

Untuk masa yang terhad, doTERRA menawarkan Koleksi Kecantikan Gua Sha yang khas ini kepada anda sempena Hari Wanita Sedunia 2022! Ia merangkumi satu batu gua sha kuarza ros yang berbentuk hati yang cantik, satu minyak esensial Yarrow|Pom 15 mL dan satu botol Yarrow|Pom Body Renewal Serum 44 mL. Koleksi ini mengandungi semua yang anda perlukan untuk memulakan rutin Gua Sha semula jadi anda sendiri.

Ketahui Lanjut

 

Bagaimana untuk Melakukan Gua Sha dengan Betul

Belajar bagaimana untuk melakukan gua sha sendiri melalui video di bawah.

 


There are no customer reviews yet.

Purata Penilaian Penilaian / Komen

Bagaimana anda menilai siaran ini?

dōTERRA mengalu-alukan komen anda yang bernas!

Komen terhad kepada 200 aksara, perlu diperiksa untuk kelulusan, dan disiarkan apabila lulus.

200 characters remaining

Pilih Benua Anda

Pilih Wilayah Anda

Pilih Lokasi Anda

Pilih Bahasa Anda