Penerangan Produk Minyak Frankincense
Juga dikenali sebagai raja minyak esensial, Frankincense mempunyai pelbagai kegunaan dan kelebihan. Minyak esensial yang terkenal ini dipilih ramai atas sebab kemampuannya untuk mencantikkan dan memulih kulit apabila digunakan. Dengan banyak lagi kelebihannya, tiada lagi soalan atas kenapa Frakincense sangat dihormati dalam era ini dan dipraktikkan dalam kegunaan harian. Bagi sesetengah agama, Frankincense berkolerasi dengan antara salah satu barang berharga dalam masa dahulu, atas sebab produk tersebut dianggap amat bernilai untuk diberi hadiah kepada Christ atas kelahirannya. Frankincense juga digunakan ketika majlis agama untuk kulit yang licin dan bauan yang wangi. Aroma Frankincense memberi perasaan kepuasan, ketenangan dan kesihatan keseluruhan. Seperti yang diagungkan dari dahulu, minyak
Frankincense amat dihargai dalam komuniti doTERRA dan masih dianggap sebagai minyak esensial yang popular hingga sekarang.
Di manakah untuk membeli Minyak Frankincense
Untuk membeli botol Frankincense yang tulen, layari laman produk Minyak Frankicense.
Misi doTERRA ialah memberi minyak esensial yang tinggi dalam kualiti dan tulen juga dihindari dari pencemaran yang bahaya. Dengan ini, doTERRA memperkenalkan cara yang ketat untuk menguji minyak esensial melalui protokol kualiti
CPTG Certified Pure Therapeutic Grade®. Para pengguna boleh menjalani kehidupan dengan lebih yakin apabila dapat mengetahui bahawa minyak yang dibeli dari doTERRA adalah suci dan tulen, memberikan kelebihan kesihatan ke tahap maksimum.
Kelebihan dan Kegunaan Minyak Frankincense
- Sebarkan aroma luar biasa Frankincense ke mana-mana bilik di kediaman anda dengan membuat Penyembur Bilik Buatan Sendiri ini. Mula-mula sediakan satu botol semburan kaca yang kosong dan masukkan 15 titis minyak Frankincense, 15 titis minyak Grapefruit, dan 30 titis minyak Douglas Fir. Kemudian isi botol sehingga penuh dengan air. Anda kini mempunyai semburan bilik yang paling menakjubkan! Hanya semburkan campuran ini pada permaidani, perabot, atau ke udara di mana-mana bilik yang anda mahukan. Semasa menggunakan semburan buatan sendiri ini, anda akan dapat menikmati aroma minyak esensial doTERRA Frankincense yang kaya dan menikmati faedah yang aman dan tenang.
- Salah satu kelebihan Frankincense yang paling kuat adalah kemampuannya untuk meningkatkan kesihatan, khususnya fungsi sel. Makanan tambahan semula jadi ini akan membantu menyokong fungsi sel yang sihat. Malahan, doTERRA mendapati minyak esensial Frankincense sangat bermanfaat dalam menyokong fungsi sel sehingga doTERRA menggunakannya dalam suplemen terlaris mereka - Pakej Kecergasan Sepanjang Hayat doTERRA.
- Seorang wanita telah menyapu minyak Frankincense pada lengannya. Adakah minyak Frankincense selamat digunakan pada kulit? Ya, minyak esensial Frankincense boleh digunakan untuk memperbaiki penampilan kulit.
Fakta Menarik
Satu pokok Boswellia sacra boleh menghasilkan beberapa paun resin setiap tahun. Jika pokok tersebut dapat dijaga dengan baik, pokok itu dapat menghasilkan resin untuk beratus tahun.
Penerangan Tumbuhan
Minyak Frankincense diperbuat daripada pokok Boswellia sacra dan pokok yang sama spesisnya. Pokok Boswellia dikenali dengan kulit kayu, dahan dan daun di hujung dahan. Batang ini mempunyai lebih dari satu akar dan boleh tumbuh sehingga lapan meter dan selalunya dijumpai tumbuh di kawasan selatan gunung. Boswellia sacra mudah dijumpai di kawasan Ethipia, utara Somalia, timur laut Oman dan selatan Yemen.
Ia dihasilkan dari resin pokok Boswellia sacra. Resin pokok ini diambil melalui potongan dahan pokok dan dialirkan ke dalam bekas, menghasilkan jumlah resin yang banyak. Apabila doTERRA mengambil resin tersebut. Pokok itu diukir secara perlahan-lahan. Dari situ, resin dapat diperolehi.
Sebotol minyak esensial Frankincense dan resin frankincense. Minyak Frankincense dikenali sebagai Raja Minyak disebabkan banyak kebaikannya.
Keterangan Kimia Minyak Frankincense
Komponen utama: a-pinene, limonene, a-thujene
Minyak Frankincense mengandungi campuran kompleks monoterpenes seperti alpha-pinene, Limonene, alpha-Thujene, dan beta-Pinene. Campuran intricate ini berhasil dengan sempurna untuk pelbagai kelebihan dan kegunaan. Komponen unik ini banyak menyumbang kepada kesan pembaharuan minyak Frankincense apabila diambil. Monoterpenes juga menyumbang kepada aroma minyak Frankincense, dan keupayaannya untuk memberi ketenangan dan tahap kepekaan.
Minyak yang Boleh Bercampur dengan Minyak Frankincense
Langkah Berjaga-jaga
Tidak digalakkan untuk kulit sensitif. Hindari dari pencapaian kanak-kanak bawah umur. Jika anda hamil atau pun di bawah penjagaan doktor, hubungi doktor anda. Hindari dari mata, dalaman telinga dan bahagian sensitif.
Rujukan