Deskripsi Produk Minyak Deep Blue
doTERRA Deep Blue Soothing Blend berasal dari produk Deep Blue yang popular di DoTERRA. Sejak penciptaan Deep Blue, campuran dan produk terbitannya menjadi kegemaran dalam kalangan pelanggan doTERRA kerana ciri-ciri Deep Blue yang hebat dan berkesan. Campuran minyak esensial
Deep Blue boleh digunakan secara topikal untuk memberikan sensasi yang melegakan dan menyejukkan yang sesuai untuk urutan yang selesa. Ianya sesuai digunakan oleh para atlet dan penggemar senaman dan boleh digunakan secara topikal untuk melegakan otot dan menenangkan badan selepas aktiviti berat. Campuran proprietari yang menenangkan ini boleh diaplikasikan dengan mudah pada kulit melalui sapuan secara terus ke kulit atau ia boleh dicairkan dengan doTERRA
Fractionated Coconut Oil untuk individu yang mempunyai kulit sensitif.
Cara untuk Mendapatkan Minyak Deep Blue
Untuk membeli sebotol Deep Blue, lawati laman produk Deep Blue Soothing Blend.
Deep Blue Soothing Blend diperbuat daripada minyak esensial
CPTG® terpilih; ini bermakna setiap minyak esensial yang menghasilkan Deep Blue Soothing Blend telah diuji melalui protokol CPTG
®. Protokol ini merangkumi satu siri ujian ketat yang menilai ketulenan setiap kumpulan minyak esensial doTERRA. Apabila minyak esensial telah lulus protokol ini, ia dianggap minyak esensial yang tulen. Minyak esensial CPTG di dalam doTERRA Deep Blue Soothing Blend adalah sebab kenapa Deep Blue begitu berkesan dan hebat.
Ketulenan minyak esensial adalah sangat penting apabila anda memilih minyak esensial untuk digunakan dan dibawa pulang ke rumah anda. Malangnya, banyak minyak esensial yang terdapat di pasaran mengandungi bahan tambahan atau bahan pencemar. Minyak yang tidak tulen akan mengurangkan keberkesanan minyak itu. Apabila anda membeli minyak yang tulen, anda akan mendapat minyak esensial yang berkualiti yang mempunyai kesan yang lebih kuat dan akan membantu untuk memenuhi keperluan individu dan keluarga.
Kegunaan dan Kelebihan Minyak Deep Blue
- Campuran minyak esensial Deep Blue mengandungi ciri-ciri yang melegakan dan menyejukkan yang kuat. Ciri-ciri ini dapat menawarkan keselesaan sebelum dan selepas senaman dan sesuai untuk urutan. Gunakan minyak Deep Blue untuk mendapatkan faedah melegakan dan menyejukkan ini.
- Deep Blue adalah teman yang sempurna untuk urutan. Rehatkan badan anda dan dapatkan urutan dengan menggunakan Deep Blue Soothing Blend. Campuran ini boleh digabungkan dengan doTERRA Fractionated Coconut Oil untuk melancarkan urutan, meningkatkan liputan minyak esensial Deep Blue, dan membantu melindungi kulit sensitif.
- Jika anda sedang mencari gabungan senaman yang menyegarkan, campuran minyak esensial Deep Blue mempunyai gabungan minyak esensial yang sempurna untuk membantu melegakan dan memberi keselesaan kepada penggemar senaman di semua peringkat. Untuk penyelesaian yang selesa yang akan memberi tenaga dan kelegaan semasa dan selepas bersenam, sapukan campuran minyak esensial Deep Blue pada kaki dan lutut sebelum dan selepas bersenam.
- Tumbesaran boleh menyebabkan ketidakselesaan yang teruk dan juga boleh menjadi punca tidur yang tidak selesa. Untuk membantu anak anda yang sedang membesar semasa fasa pertumbuhan mereka, gabungkan campuran minyak esensial Deep Blue dengan beberapa titis Fractionated Coconut Oil dan urut ke kaki anak anda yang sedang membesar sebelum waktu tidur. Ini akan memberikan rasa yang menyejukkan dan melegakan yang akan membantu mengurangkan ketidakselesaan ini.
- Berpindah boleh menjadi proses yang panjang dan memenatkan yang terkadang boleh menyebabkan tekanan yang tidak diingini pada otot belakang. Setelah seharian mengangkat berat, sapu beberapa titis Deep Blue di bahagian bawah belakang anda. Sensasi penyejukan dan kelegaan minyak Deep Blue akan memberikan kelegaan kepada anda selepas hari yang memenatkan.
- Melakukan pembersihan diumpamakan seperti bersenam, dan pergerakan tangan dan kaki yang berterusan boleh menyebabkan anda rasa penat. Selepas satu hari melakukan pembersihan, berikan badan anda ganjaran yang betul. Gosokkan minyak esensial Deep Blue pada tangan dan kaki untuk memberikan urutan yang melegakan dan menenangkan.
- Anda suka berkebun? Pastikan anda berikan tubuh anda ketenangan yang diperlukan selepas hari yang menyeronokkan mencantas dan bercucuk tanam dengan mengaplikasi campuran minyak esensial Deep Blue pada tangan dan kaki anda setelah berkebun. Aplikasi ini akan membantu melegakan otot anda dan sebagai persediaan untuk menghadapi cabaran berkebun yang seterusnya.
- Ingin berhubung dengan nenek anda dan beri layanan yang disukainya? Apabila anda berjumpa dengannya, berikan kepadanya urutan tangan dengan campuran minyak esensial Deep Blue. Kesan yang melegakan oleh minyak Deep Blue akan membantu merehatkan tangannya. Urutan juga merupakan cara yang baik untuk hubungan yang bermakna dan menunjukkan bahawa anda mengambil berat.
- Menaip komputer mungkin kelihatan seperti aktiviti ringan yang hanya melibatkan pergelangan tangan dan jari anda, namun, menaip dapat mempengaruhi dan memberi tekanan pada kebanyakan bahagian atas tubuh. Setelah berjam-jam menghadap komputer, gosokkan minyak esensial Deep Blue pada jari, pergelangan tangan, bahu dan leher anda. Ini akan membantu meredakan, menyejukkan dan melegakan kawasan yang terjejas.
- Selepas menamatkan larian yang panjang, larutkan beberapa titis Deep Blue Soothing Blend ke dalam Fractionated Coconut Oil dan urut ke kawasan-kawasan yang dikehendaki. Aplikasi ini akan memberikan sensasi yang menyejukkan dan memberi keselesaan kepada anda selepas bersenam.
Produk Deep Blue
Deep Blue adalah campuran minyak esensial yang digemari dalam kalangan pengguna doTERRA. Untuk menjadikan manfaatnya lebih mudah didapati, doTERRA mencipta rangkaian produk Deep Blue yang lebih mudah didapati serta mempunyai lebih banyak kegunaan dan kelebihan. Produk berikut adalah sebahagian daripada rangkaian
produk doTERRA Deep Blue.
Deep Blue® Soothing Blend: Campuran minyak esensial Deep Blue berasal dari rangkaian produk Deep Blue. Campuran ini dirumuskan untuk melegakan dan menyejukkan dengan menggunakan minyak esensial yang selamat dan asli.
Deep Blue® Roll-On: Deep Blue kini terdapat dalam botol roll-on 10ml. Botol ini membuatkan Deep Blue lebih mudah disapu dan digunakan serta mudah disimpan di dalam poket atau beg supaya senang dicapai. Dengan Deep Blue dalam botol roll-on, kesan melegakan dan menyejukkan dapat dirasai dengan mudah di tempat kerja, di rumah, atau di gim.
doTERRA Deep Blue® Touch: rangkaian doTERRA Touch
® kini menawarkan Deep Blue di dalam asas Fractionated Coconut Oil. Formula ini sangat sesuai bagi individu yang mempunyai kulit sensitif yang masih mencari manfaat Deep Blue Blend yang menyejukkan dan melegakan.
Deep Blue® Rub (4oz.): Salah satu produk doTERRA yang paling popular, Deep Blue Rub adalah krim topikal yang disertakan dengan Deep Blue Soothing Blend, ekstrak tumbuhan semula jadi, dan bahan-bahan lain yang berguna. Apabila disapu ke kawasan yang bermasalah, Deep Blue Rub menghasilkan sensasi menyejukkan dan melegakan. Krim ini tidak berminyak dan melembapkan kulit.
Bahan utama
- Wintergreen
- Camphor
- Peppermint
- Ylang Ylang
- Helichrysum
- Blue Tansy
- Blue Chamomile
- Osmanthus
Amaran
Kemungkinan sensitiviti kulit. Jauhkan daripada kanak-kanak. Jika anda mengandung, menyusukan anak, atau di bawah jagaan doktor, berunding dengan doktor anda. Jauhi sentuhan pada mata, dalam telinga dan kawasan sensitif.