Deskripsi Produk Citrus Bliss
Citrus Bliss Invigorating Blend menggabungkan sebatian semula jadi yang sangat aromatik bagi menghasilkan minyak esensial yang menawarkan pengguna ciri pembersihan, aroma yang menaikkan semangat, dan kesan yang membangkitkan tenaga, menjadikannya campuran yang bermanfaat dalam kehidupan seharian. Jenis buah-buahan sitrus yang disukai ramai digabungkan bersama dalam campuran unik ini untuk menghasilkan minyak esensial yang harmoni dan menyenangkan yang pastinya anda ingin menambahnya dalam koleksi minyak esensial anda.
Cara untuk Mendapatkan Citrus Bliss
Jika anda ingin memiliki sebotol Citrus Bliss anda sendiri, layari halaman produk minyak Citrus Bliss kami untuk maklumat lanjut tentang pesanan. Setiap campuran minyak esensial doTERRA memanfaatkan kuasa dan aroma bahan semula jadi untuk menghasilkan minyak yang berpotensi dan serba guna. Apabila anda membeli Citrus Bliss atau mana-mana campuran proprietari lain dari doTERRA, anda akan mendapatkan minyak
CPTG® yang berkualiti tinggi yang telah diuji dan dibuat dengan teliti untuk manfaat anda.
Kegunaan dan Kelebihan Citrus Bliss
- Bau minyak Citrus Bliss yang menyegarkan dan membangkit tenaga mampu menambahkan aroma manis di dalam rumah, kereta, dan juga pakaian anda. Sekiranya pakaian anda lembap atau berbau hapak, anda boleh menambahkan dua atau tiga titis Citrus Bliss ke dalam mesin pengering anda sebelum memasukkan pakaian. Ini akan membantu mewujudkan haruman manis, menyegarkan pakaian anda— tidak kira berapa lama ia terbiar di dalam mesin basuh atau pengering.
- Dengan ciri yang membangkit tenaga dan menyegarkan, Citrus Bliss boleh digunakan untuk memberi kesan positif kepada emosi apabila disebar secara aromatik. Sama ada anda diselubungi oleh emosi negatif, dibebani tugasan di tempat kerja, atau merasakan hari ini bukan hari keberuntungan anda, cuba sebarkan minyak Citrus Bliss bagi membantu mengembalikan emosi anda. Apabila anda memerlukan sedikit perangsang, Citrus Bliss dapat membantu mengurangkan tekanan dan membangkitkan emosi.
- Ciri pembersihan Citrus Bliss boleh digunakan untuk membersih dan mengemas rumah. Jika anda inginkan bilik mandi yang kelihatan bersih berkilauan, tambahkan beberapa titis minyak Citrus Bliss pada kain atau pakaian sebelum menggosok sesuatu permukaan. Ini juga sesuai digunakan di dapur, apabila meja kaunter dan permukaan lain kelihatan kotor atau menjijikkan.
- Sekiranya anda bimbang tentang kandungan bahan kimia dan bahan bukan semula jadi dalam minyak wangi dan losen di pasaran, cuba gunakan Citrus Bliss secara topikal untuk memberikan kulit anda aroma yang menceriakan dan mengharumkan. Sebelum anda meninggalkan rumah, letakkan setitis Citrus Bliss pada pergelangan tangan anda, kemudian gosokkan bersama kedua pergelangan tangan anda. Dengan demikian, anda membenarkan Citrus Bliss bertindak sebagai minyak wangi yang menyenangkan, tanpa bahan sintetik atau toksin.
- Sebaran bukanlah satu-satunya cara untuk memperoleh kesan membangkit emosi yang berkuasa dari minyak Citrus Bliss; anda juga boleh menggunakan minyak ini secara topikal. Sama ada anda hendak ke sekolah, bekerja, atau bersiap untuk bersiar-siar dengan anak-anak, Citrus Bliss dapat memberikan anda emosi positif yang diperlukan untuk mencapai sesuatu. Sapukan satu atau dua titis Citrus Bliss di bahagian bawah kaki anda pada waktu pagi untuk membantu anda bersiap sedia menempuh hari ini dengan emosi yang ceria.
- Selain ciri-cirinya yang bermanfaat untuk mood anda, haruman semerbak Citrus Bliss juga membantu untuk membersihkan udara di sekitar anda. Sebar Citrus Bliss di dapur anda jika terdapat bau yang tidak diingini. Anda juga boleh menyebar Citrus Bliss di bilik tidur anak remaja anda yang kotor untuk membantu membersihkan udara. Jika anda inginkan kawasan rumah bersih dan segar, Citrus Bliss adalah pilihan yang unggul.
- Mencari cara untuk meningkatkan fokus anda? Pemakaian Citrus Bliss secara topikal boleh menjadi sangat membantu jika anda ingin meningkatkan fokus dan ketajaman minda. Untuk lebih memulihkan daya tumpuan, campurkan dua titis Lavender, dua titis Peppermint, dan dua titis Citrus Bliss bersama-sama. Kemudian, hanya gosokkan campuran tersebut pada pelipis kepala dan hidu.
- Aroma ceria minyak Citrus Bliss amat berguna untuk urutan tangan yang cepat dan menyegarkan. Citrus Bliss adalah minyak yang disarankan untuk AromaTouch Hand Technique kerana ia mengandungi minyak sitrus yang menyegarkan untuk deria dan juga kulit. Apabila menggunakan Citrus Bliss untuk urutan tangan, larutkan minyak ini dengan Fractionated Coconut Oil untuk urutan yang lebih lancar.
Bahan-bahan
- Kulit Wild Orange
- Kulit Lemon
- Kulit Grapefruit
- Kulit Mandarin
- Kulit Bergamot
- Kulit Tangerine
- Kulit Clementine
- Absolut Kacang Vanila
Kombinasi Minyak yang Baik dengan Citrus Bliss
Disebabkan aromanya yang unik dan membangkitkan semangat, Citrus Bliss blend yang menyegarkan adalah pilihan popular untuk campuran sebaran. Sebagai ramuan bahan sitrus, Citrus Bliss sangat serasi dicampur dengan minyak yang mempunyai bau segar dan berkayu seperti
Douglas Fir,
Sandalwood,
Juniper Berry, atau
Spearmint. Dengan aroma manis semula jadi, Citrus Bliss juga serasi dicampur dengan campuran doTERRA proprietari yang lain seperti
doTERRA Motivate®,
doTERRA Forgive®, dan
doTERRA Balance .
Amaran
Kemungkinan sensitiviti kulit. Jauhkan daripada kanak-kanak. Jika anda mengandung, menyusukan anak, atau di bawah jagaan doktor, berunding dengan doktor anda. Jauhi sentuhan pada mata, dalam telinga dan kawasan sensitif.