Asal: perkataan Latin yang bermaksud
"Hadiah dari Bumi".
Di antara minyak-minyak doTERRA, Arbovitae berpotensi menjadi salah satu minyak terunik. Kerana terdapat perjanjian ekslusif dengan rakan niaga kami di British Columbia, tiada syarikat minyak esensial yang lain dapat menawarkan minyak yang hebat ini. Jadi, mengapa doTERRA mengambil keputusan untuk menawarkan minyak yang kurang dikenali ini? Jawapannya adalah kerana kandungan kimianya yang unik dan ciri-ciri pengawet yang dimiliki oleh pokok ini.
Sejarah Arbovitae
Pokok Arbovitae sebenarnya ialah konifer yang tumbuh di Amerika Utara sejak beribu tahun dahulu yang mana lebih terkenal dengan nama western red cedar, meskipun ia sebenarnya berasal dari keluarga cypress. Suku First Nation menggunakan pokok tersebut untuk pelbagai tujuan daripada perlindungan untuk rumah panjang sehinggalah ke tiang totem dan aromaterapi.
Kini, pokok Arbovitae sangat berguna untuk pelbagai kegunaan. Daripada kertas dan kayu, sehinggalah ke minyak esensial, tiada bahagian pokok tersebut yang tidak boleh digunakan. Rakan kongsi doTERRA kami tidak akan memotong mana-mana pokok untuk menghasilkan minyak Arbovitae, sebaliknya mereka menggunakan habuk papan daripada kayu yang telah dipotong. Habuk papan tersebut kemudiannya akan disuling menggunakan wap untuk memerangkap minyak yang mengandungi haruman kekayuaan Arbovitae yang unik.
Secara Sains
Menurut satu kajian yang telah dijalankan oleh doTERRA, minyak esensial Arbovitae sangat membantu untuk menyokong kesihatan kulit dan tambahan yang sangat bagus kepada losen muka anda pada setiap pagi.
Apabila digunakan secara topikal, komponen kimia Terpinen-4-ol membantu untuk mendapatkan kulit yang sihat dan licin.
Penggunaan Arbovitae di Rumah
Meskipun penyelidikan tambahan terhadap minyak Arbovitae yang boleh dilakukan, terdapat beberapa cara minyak ini boleh digunakan dalam kehidupan seharian. Sekali pandang sahaja sudah boleh melihat kebaikan Arbovitae sebagai produk tambahan di rumah anda.