Yoga dan Minyak Esensial


 Yoga dan Minyak Esensial

Yoga merupakan suatu amalan India sejak beribu-ribu tahun lain, ia telah menjadi bentuk senaman dan meditasi popular bagi jutaan warga dunia. Yoga menggabungkan postur, meditasi, latihan pernafasan dan kesantaian mendalam sebagai pendekatan holistik bagi kesejahteraan hidup. Sekiranya anda belum pernah mencuba yoga, berikut adalah beberapa faedah praktikal anda akan mengalami:

  • Meningkatkan kekuatan otot. Anda mungkin sangka hanya pembina badan dan penggemar senaman ingin memiliki otot yang tegap. Tetapi memiliki otot yang cergas dapat mengelakkan anda daripada kecederaan. Ia juga bermakna anda memiliki kekuatan untuk melakukan apa yang perlu dalam kehidupan seharian.
  • Meningkatkan fleksibiliti anda. Tindakan regangan dalam yoga membantu melegakan ketegangan badan anda. Apatah lagi, sendi yang lebih fleksibel memerlukan kurang tenaga untuk melakukan pelbagai pergerakan. Dengan ini, prestasi fizikal anda bertambah baik. Regangan juga mengurangkan rintangan dalam tisu otot dalam mana-mana kegiatan sementara membantu meningkatkan pengaliran darah dan penghantaran khasiat kepada tisu.
  • Mengurangkan tekanan dan membantu menumpukan perhatian. Sekiranya anda menjalani hidup yang penuh dengan cabaran, ia adalah agak sukar untuk anda mencapai keseimbangan. Amalan yoga yang kerap dapat membantu minda anda memfokus pada masa sekarang dan merendahkan tahap tekanan.  

 

Selain itu, ada banyak lagi kebaikan kepada amalan ini. Salah satu kaedah yang sangat berkesan adalah memakai minyak esensial dan aroma yang memberikan kesan yang menakjubkan. Yoga dan aromaterapi bertindak bersama untuk menambahbaik kesihatan keseluruhan badan anda. Tidak kira tujuan anda mengamalkan yoga, kesannya pasti dapat dipertingkatkan dengan menggunakan minyak-minyak esensial.

Anda boleh menyerap minyak-minyak esensial ke dalam rutin untuk menikmati kebaikan emosi dan fizikal. Anda boleh menggunakan minyak-minyak esensial secara aromatik atau topikal. Aroma mereka dijangkakan dapat menambahbaik amalan yoga dan menghubungkan anda dengan diri sendiri. Sebagai contoh, memakai doTERRA Balance® dapat membantu menenangkan anda semasa mempraktikkan amalan yoga anda, sementara penyapuan Wild Orange dan Peppermint pada bahagian pelipis atau menyebarkannya dalam bilik dapat mengaktifkan dan menyegarkan deria. Tidak kira minyak esensial mana yang anda pilih, kami mengesyorkan anda supaya tidak memakai melebihi tiga jenis minyak esensial pada suatu amalan untuk mengelakkan beban deria yang berlebihan. 


There are no customer reviews yet.

Purata Penilaian Penilaian / Komen

Bagaimana anda menilai siaran ini?

dōTERRA mengalu-alukan komen anda yang bernas!

Komen terhad kepada 200 aksara, perlu diperiksa untuk kelulusan, dan disiarkan apabila lulus.

200 characters remaining

Pilih Benua Anda

Pilih Wilayah Anda

Pilih Lokasi Anda

Pilih Bahasa Anda