Faedah Gua Sha dan Yarrow|Pom


Faedah Gua Sha dan Yarrow|Pom

Gua sha (disebut “gwa shah”) merupakan satu teknik Cina purba, Pada asasnya, gua sha menggunakan alat yang rata dan licin untuk mengikiskan permukaan badan. Aplikasi teknik ini bergantung kepada faedah dan pengalaman yang diingini.

 

Gua Sha untuk Seluruh Badan

Dalam tradisi Cina, gua sha meliputi kebanyakan permukaan badan seperti belakang, punggung, tangan, kaki dan leher. Gua Sha juga dilakukan pada bahagian lebam yang teruk tetapi tidak digalakkan jika menyebabkan luka pada kulit. Gua Sha harus dilakukan dengan sentuhan yang sederhana sahaja. Kemerahan sementara pada kulit adalah normal kerana gerakan mengikis dan mengusap adalah bertujuan untuk menggalakkan aliran darah pada bahagian berkenaan.

 

Gua Sha Muka

Teknik gua sha pada muka telah menjadi popular dalam industri kecantikan semula jadi! Dalam teknik ini, sebuah batuan gua sha lazimnya diperbuat daripada kuarza atau jed—ditarik sepanjang kulit muka dengan lembut dalam gerakan rata dan lancar. Apabila mengamalkan gua sha pada muka, tekanan yang sederhana perlu diberikan. Kemerahan tidak dapat dielakkan tetapi tujuan sebenarnya adalah untuk menarik, melicinkan dan menegangkan kulit. Teknik ini juga dikhabarkan dapat melicinkan garis halus serta kedutan dan menegangkan serta menyegarkan bentuk muka.

 

Yarrow|Pom untuk Gua Sha

Sebelum mencuba gua sha, anda memerlukan suatu minyak atau serum agar alat gua sha dapat meluncur dengan selesanya dan lancar pada kulit. Yarrow|Pom yang biru ini merupakan pilihan unggul untuk gua sha muka.

Kombinasi minyak esensial yarrow dan minyak biji delima ditekan sejuk, Yarrow|Pom menyegarkan dan melicinkan kulit. Minyak esensial yarrow memperbaharui kulit dan membantu kulit kelihatan muda dan sihat, sementara minyak biji delima kaya dengan asid punicic dapat memberikan perlindungan kepada kulit.

Yarrow|Pom adalah minyak serum yang lebih likat secara relatif. Itulah sebab ia mengambil masa untuk disapu dan diserap ke dalam kulit. Ciri inilah yang membantu batu gua sha meluncur dengan mudah sepanjang aplikasinya. Yarrow|Pom mampu membantu mengurangkan kemerahan yang terjadi dan mencerahkan kulit anda. 

 

Yarrow|Pom Body Renewal Serum dan Gua Sha

Yarrow|Pom Body Renewal Serum adalah sempurna untuk gua sha seluruh badan. Selain daripada  minyak esensial yarrow dan minyak biji delima (serta faedah masing-masing), serum ini juga mengandungi minyak esensial dan ester delima. Serum ini mengekalkan kelembapan dan kesegaran yang mendalam kepada kulit.

 

Cara Betul untuk Melakukan Gua Sha

Mempelajarilah cara melakukan gua sha sendiri dengan merujuk kepada video ini and ini.


There are no customer reviews yet.

Purata Penilaian Penilaian / Komen

Bagaimana anda menilai siaran ini?

dōTERRA mengalu-alukan komen anda yang bernas!

Komen terhad kepada 200 aksara, perlu diperiksa untuk kelulusan, dan disiarkan apabila lulus.

200 characters remaining

Pilih Benua Anda

Pilih Wilayah Anda

Pilih Lokasi Anda

Pilih Bahasa Anda