毒素藏匿于您居家的 4 种地方


4 Tempat Toksin Bersembunyi di Kediaman Anda

Anda terdedah kepada pelbagai toksin saban hari. Hampir setiap aktiviti anda—bernafas, makan, kerja pembersihan—mendedahkan anda kepada bahan-bahan kimia, sama ada semula jadi atau sintetik. Malangnya, banyak produk kegunaan harian tidak harus mendedahkan anda kepada toksin.

Anda mungkin tidak sedar betapa seriusnya akibatnya. Toksin tidaklah seharusnya begitu memudaratkan. Tetapi, pendedahan berpanjangan kepada toksin dapat meningkatkan beban toksik anda, di mana badan anda dibebani kerana terpaksa bekerja keras untuk menyingkirkan toksin yang tidak sepatutnya hadir dalam badan. Tidak hairanlah anda dapat memerhatikan bahawa ramai orang berasa terdesak untuk beralih kepada alternatif semula jadi kebelakangan ini. Walaupun anda tidak dapat melihat toksin dengan mata kasar, tetapi mereka hadir dalam banyak komoditi harian—bacalah label produk berkenaan.

Ketahuilah empat toksin utama yang tersembunyi dalam kediaman anda, dan bagaimana mereka dapat disingkirkan.

1. Produk Pembersihan: Banyak produk yang anda gunakan untuk mengekalkan kediaman anda selamat dan bersih sebenarnya mendedahkan anda dan keluarga anda kepada toksin sintetik tambahan. Jika anda terasa tersedak disebabkan bau bahan kimia selepas membersihkan bilik air atau ruang dapur, produk pembersihan yang anda baru sahaja gunakan, ia berkemungkinan mengandungi toksin yang kuat. Barangan lumrah seperti semburan serbaguna, pencuci dobi dan juga sabun sering mengandungi bahan-bahan yang dipersoalkan.

Daripada teruskan menggunakan produk pembersihan yang mengandungi toksin, cubalah pendekatan yang semula jadi. Sebagai contoh, semburan serbaguna yang hebat dan berkesan dapat dihasilkan dengan mencampur air suling, cuka, dan beberapa titisan Lemon.

Mungkin anda patut mencuba produk tulen seperti doTERRA On Guard® Laundry Detergent yang mengandungi campuran unik dan semula jadi yang terdiri daripada enzim dari sumber organisma dengan minyak-minyak esensial untuk memberikan kesan pembersihan tambahan kepada pakaian anda.

Anda boleh juga mencuba produk seperti Purify—campuran bagi minyak esensial Lemon, Siberian Fir, Citronella, Lime dan Tea Tree—untuk pelbagai penggunaan di dapur, dobi, bilik dan ruangan kediaman yang lain.

Sama ada anda menghasilkan agen pembersihan sendiri atau beralih kepada alternatif yang semula jadi, anda dapat memastikan bahawa ruangan anda terus bersih.

 

2. Barangan Penjagaan Diri: Produk solek, syampu dan perapi, penjagaan kulit—wujudnya banyak barangan penjagaan diri yang mengandungi toksin di pasaran. Lihatlah dengan teliti produk-produk yang anda gunakan dalam rutin seharian. Perhatikan jenis bahan yang anda sapu pada badan atau gunakan di dalam badan. Mungkin inilah masanya yang mencampak sesetengah produk dalam simpanan dan menggantikan mereka dengan alternatif yang semula jadi.

Dari syampu serta perapi yang semula jadi dan Correct-X®- Essential Ointment ke doTERRA On Guard Natural Whitening Toothpaste, doTERRA menawarkan pelbagai pilihan untuk membantu anda beralih kepada produk yang baharu dan lebih baik. Sekiranya rutin pembersihan seharian anda sebenarnya memperkenalkan lebih banyak toksin dalam hidupan harian anda, pertimbangkanlah produk-produk mana yang anda patut tukar untuk mengurangkan bebanan toksik anda.

 

3. Alat memasak: Walaupun alat memasak tidak melekat memudahkan pembersihan, banyak barangan alat memasak popular di dalam dapur anda lebih cenderung kepada penggunaan salutan yang mengandungi kimia tiruan. Yang lebih merisaukan ialah bahan kimia berkenaan dapat diserap oleh makanan dalam proses pemasakan. Apakah penyelesaian yang ada? Gantikan alat memasak tidak melekat dengan pilihan yang lebih selamat, seperti keluli tahan karat atau besi tuang. Meskipun alat memasak seramik dan enamel adalah pilihan selamat yang halus dan lebih mahal, tetapi pelaburan ini ternyata berbaloi.

 

4. Penyegar udara: Walaupun penggunaan mereka selalu dikaitkan dengan melenyapkan bau dan membersihkan udara, tetapi kebanyakan lilin, penyegar udara dan plugin di pasaran mengandungi bahan yang dapat menambahkan toksin ke dalam udara di kediaman anda. Daripada menghirup toksin dari penyegar udara, baik menggunakan minyak-minyak esensial sebagai pilihan yang semula jadi,

 

Pemakaian minyak-minyak esensial merupakan cara termudah untuk mengurangkan kuantiti toksin di kediaman anda tanpa mengorbankan aroma terpesona yang anda gemari.


There are no customer reviews yet.

平均得分 评分╱建议

对此贴文评分

dōTERRA美商多特瑞期待您宝贵的建议!

文字不得超过200个字元,审核通过即发文。

200 剩余的字 Character Limit Exceeded

选择您的大陆

选择您的地域

选择您的地点

选择您的语言